Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia B2/B1 Kepada B

Berikut dikongsikan mengenai pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2/B1 Kepada Kelas B untuk makluman semua rakyat Malaysia diluar sana.

Isi Kandungan

Pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada B

Selaras dengan pengumuman YB Menteri Pengangkutan Malaysia berkenaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin memaklumkan bahawa pemegang LMM Kelas B2/B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti Program Khas Peralihan tersebut di mana-mana Institut Memandu (IM) yang terpilih di seluruh Malaysia bermula 1 Oktober 2024.

Program Khas Peralihan ini adalah bertujuan untuk menaik taraf pemegang LMM Kelas B2/B1 kepada Kelas B tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di IM.

Bagi tujuan menjalani Program Khas Peralihan tersebut, kadar siling fi sejumlah RM160 akan dikenakan kepada calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di IM.

Kadar siling fi ini adalah merangkumi:

  • pendaftaran dan insurans pelajar,
  • kursus peralihan dan penyesuaian (2 jam),
  • fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar), dan
  • fi ujian JPJ.

Program Khas Peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.

Berikut adalah kenyataan media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengenai pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada B.

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia B2/B1 Kepada B 1
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia B2/B1 Kepada B 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemegang LMM Kelas B2/B1 boleh membuat semakan syarat-syarat kelayakan melalui saluran-saluran berikut:

  • Aplikasi MyJPJ
  • Portal mySIKAP awam
  • Kaunter JPJ

Sekiranya layak, pemohon boleh hadir ke mana-mana IM yang terpilih / di seluruh Malaysia yang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar untuk mengikuti Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 Kepada B dan pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan / fizikal / minda semasa pendaftaran di IM.

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan Program Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada B, iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Memegang Lesen Memandu Kompetetan (CDL) Kelas B2/B1 telah mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas yang sah dan berkuatkuasa.
  3. Tempoh kuatkuasa Lesen Memandu Kompetetan (CDL) Kelas B2/B1 aktif berterusan.
  4. Tiada rekod tamat kuatkuasa Lesen Memandu Kompetetan (CDL) Kelas B2/B1 atau tidak pernah dikenakan fi penyelarasan sepanjang tempoh 10 tahun pemilikan Lesen Memandu Kompetetan (CDL) bagi kelas tersebut.
  5. Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia B2/B1 Kepada B 3

Cara Membuat Permohonan

Cara untuk membuat semakan kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada B adalah melalui Portal mySIKAP awam, Aplikasi MyJPJ atau terus ke kaunter JPJ berdekatan.

Berikut adalah cara untuk membuat semakan menggunakan Portal mySIKAP awam dan Aplikasi MyJPJ, iaitu:

Langkah Semakan
Melalui Portal mySIKAP awam1. Buka Portal mySIKAP awam.
2. Pilih kategori individu, guna Nombor Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna dan password MyJPJ untuk log masuk.
3. Klik Lesen Memandu > skrol ke bawah dan pilih “Semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL Kelas B”.
4. Keputusan semakan dan status kelayakan anda akan dipaparkan sama ada layak atau tidak.
Melalui Aplikasi MyJPJ1. Buka Aplikasi MyJPJ pada telefon pintar anda.
2. Semak Paparan Utama > Pelesenan Pemandu.
3. Klik > “Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B”.
4. Keputusan semakan dan status kelayakan anda akan dipaparkan sama ada layak atau tidak.

Selepas membuat semakan kelayakan, jika anda layak, anda boleh rujuk carta alir dibawah untuk proses-proses yang seterusnya.

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia B2/B1 Kepada B 4

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 Kepada B ini, sila layari Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More