Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Kolej FELCRA (FESSB) Tahun 2024

Jawatan Kosong Kolej FELCRA kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Kolej FELCRA

Maklumat Jawatan Kosong Kolej FELCRA yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Eksekutif Hal Ehwal Pelajar – Penyelia Kediaman Pelajar (Gred Band 1A)Kolej FELCRA 8 Oktober 2024
Pensyarah Keusahawanan (Gred Band 3A)Kolej FELCRA 8 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej FELCRA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Kolej FELCRA (FESSB) Tahun 2024 1

Jawatan Eksekutif Hal Ehwal Pelajar – Penyelia Kediaman Pelajar (Gred Band 1A)

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej FELCRA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. Calon yang memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau DIPLOMA yang berkaitan dari Universiti tempatan atau diiktiraf oleh MQA atau setaraf dengannya digalakkan untuk mengemukakan permohonan.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Memiliki lesen memandu Kelas D.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan aktiviti pelajar dan bergiat aktif dalam kokurikulum.
  • Bekas anggota beruniform adalah diutamakan.
  • Sihat tubuh badan dan tidak rabun malam.
  • Keutamaan kepada calon perempuan.

Jawatan Pensyarah Keusahawanan (Gred Band 3A)

Calon lantikan Jawatan Kosong Kolej FELCRA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawan / Keusahawanan Digital / Teknopreneur dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh MQA dan / atau JPA dalam bidang berkaitan.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh mana-mana kolej.
  • Mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam komunikasi dan kemahiran penyampaian.
  • Mempunyai kemahiran yang cekap dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai kemahiran asas komputer.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan FESSB dan perlu dihantar kepada alamat e-mel [email protected] dengan menyusun ke dalam satu dokumen dalam bentuk pdf seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Jawatan FESSB
  2. Resume
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Salinan Sijil Kelahiran
  5. Salinan Sijil Akademik PMR / PT3 / SPM / STPM / DIPLOMA
  6. Salinan Sijil Akademik IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH / PHD
  7. Salinan Sijil Kokurikulum dan lain-lain Sijil berkaitan

Semua salinan dokumen hendaklah telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum.

Sila tulis (nama jawatan yang dipohon) di ruangan tajuk e-mel dan menghantar semua dokumen selewat-lewatnya pada 8 Oktober 2024 (Selasa).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Kolej FELCRA (FESSB) Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Kolej FELCRA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More