Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Amalan Selawat Fatih: Pembuka Rahsia Ajaib Dalam Kehidupan

Berikut dikongsikan mengenai selawat fatih yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan harian oleh setiap umat Islam.

Isi Kandungan

Selawat Fatih

Selawat Fatih mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya seratus kali setiap hari. Ramai yang mempertikaikan selawat ini tetapi mengejar sesuatu fadhilat itu tidak salah.

Sememangnya naluri manusia inginkan sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu selawat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat.

Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau kita ingin mengamalkannya kerana ia masih lagi satu ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

Berikut adalah lafaz bacaan Selawat Fatih:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

“Ya Allah, Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup / terkunci dan penyudah bagi kami yang telah lalu dan menolong kebenaran dengan kebenaran dan yang menunjukkan jalanMu yang lurus dan di atas ahlinya dan sahabatnya yang mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi lagi agung.”

Amalan Selawat Fatih: Pembuka Rahsia Ajaib Dalam Kehidupan 1

Kelebihan Selawat Fatih

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu. Antara kelebihan selawat ini adalah seperti berikut:

  • Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih adalah menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
  • Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
  • Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
  • Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah SWT.
  • Sesiapa mengamalkan selawat ini dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dia juga akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
  • Selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
  • Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah SWT.
  • Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
  • Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
  • Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad SAW. Caranya adalah membacanya selepas solat 4 rakaat iaitu baca surah Al-Qadr, Al-Zalzalah, Al-Kafirun, Ma-’uzatain. Seeloknya diasapkan dengan pokok gaharu ketika membaca Selawat Fatih.

Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.

Amalan Selawat Fatih: Pembuka Rahsia Ajaib Dalam Kehidupan 2

Secara umumnya, ayat di atas menjelaskan kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Umat Islam amat digalakkan untuk mengutamakan selawat dan zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW seperti selawat Ibrahimiyah kerana itu adalah sebaik-baik amalan.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menempatkan kita bersama dengan Nabi Muhammad SAW di syurga kelak. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda meningkatkan amal ibadah pada setiap hari! Selamat beramal!

Artikel Berkaitan: Amalan Selawat Jibril Boleh Buka Pintu RezekiSelawat Tafrijiyyah Amalan Harian Terbaik, Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More