Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Larangan Membuat Pernyataan Awam Termasuk Di Media Sosial

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Larangan Membuat Pernyataan Awam termasuk di media sosial bagi semua Pegawai Awam.

Isi Kandungan

Peringatan Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua Pegawai Awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak Kementerian atau Jabatan.

Menurut hantaran Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam pada 4 Oktober baru-baru ini, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.

“Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada Pegawai Awam terlibat.”

Pegawai Awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu, dan / atau memalukan atau memburukkan nama Kerajaan.

Larangan berkaitan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19(1) dan 19(2) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Larangan Membuat Pernyataan Awam Termasuk Di Media Sosial 1
Larangan Membuat Pernyataan Awam Termasuk Di Media Sosial 2
Larangan Membuat Pernyataan Awam Termasuk Di Media Sosial 3

Contoh Kes

Puan Chew Leng Pei (No. Kad Pengenalan: 790816-00-0000), Pegawai Siasatan Gred P53 di Bahagian V, Jabatan W, Negeri Z telah dihadapkan dengan pertuduhan di Mahkamah Majistret Negeri Z kerana dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan dengan berkata “polis bodoh” di media sosial, Facebook pada 15 Mac 2021.

Sehubungan dengan itu, pegawai tersebut telah dituduh di Mahkamah Majistret Negeri Z dan jika bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pegawai tersebut telah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Negeri Z dan dijatuhkan hukuman denda RM100.00 atau dipenjara 14 hari.

Setelah menimbangkan kronologi kes, perwatakan serta prestasi kerja pegawai, Ketua Jabatan telah mengesyorkan agar pegawai dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 32(2)(b), Peraturan Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu pegawai itu patut dihukum dengan apa apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat.

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Larangan Membuat Pernyataan Awam ini, sila rujuk Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau laman-laman sosial rasmi seperti berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More