TNG Visa Card: Syarat Kelayakan, Cara Mohon & Cara Aktif Kad
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai TNG Visa Card untuk pengetahuan anda semua diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu TNG Visa Card?
TNG Visa Card ialah kad prabayar yang dipautkan kepada baki Touch ‘n Go eWallet anda.
Kad ini boleh digunakan di seluruh dunia dan dalam talian untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan, di mana-mana sahaja Kad Visa diterima.
Selain itu, anda boleh mengeluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang didayakan pada rangkaian Visa Plus.
Perhatikan logo berikut untuk mengetahui tempat anda boleh menggunakan Kad Visa anda, iaitu:
Jadikan TNG Visa Card rakan utama anda untuk perjalanan antarabangsa yang lancar! Berikut antara kelebihan yang anda akan perolehi!
- Peroleh pulangan harian pada baki eWallet anda dengan GO+.
- Lindungi baki eWallet dan GO+ anda dengan WalletSafe.
- Perjalanan tanpa bimbang ke mana-mana destinasi dengan perlindungan SafeTrip.
Kad Visa ini adalah bentuk yang boleh diurus sepenuhnya dalam eWallet supaya anda mempunyai kawalan ke atas ciri keselamatan kad seperti mengunci kad sekiranya ia hilang atau tersalah letak dan menetapkan had pembayaran tanpa sentuh.
Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang cara mudah dan selamat Kad Visa ini, iaitu:
- Keluarkan wang tunai daripada baki eWallet anda.
- Gelombang bayar visa.
- Kad tanpa nombor untuk privasi.
- Kunci pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dari eWallet anda.
Syarat Kelayakan Memohon TNG Visa Card
Anda hanya boleh memohon Kad Visa ini melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet selagi anda melepasi syarat-syarat berikut:
- berumur 12 tahun,
- berjaya melengkapkan eKYC anda, dan
- kini menetap di Malaysia.
Sila ambil perhatian bahawa setiap pengguna hanya berhak mendapat satu (1) Kad Visa sahaja pada satu masa.
Cara Memohon & Mengaktifkan TNG Visa Card
Anda boleh ikuti panduan langkah demi langkah seperti infografik dibawah untuk membuat permohonan TNG Visa Card, iaitu:
Seterusnya, selepas selesai memohon, anda perlu ikuti langkah demi langkah seperti infografik dibawah pula untuk membuat pengaktifan TNG Visa Card anda, iaitu:
Yuran Permohonan
Yuran permohonan kad sekali sahaja akan dikenakan iaitu sebanyak RM15.00 (termasuk yuran penghantaran RM5) dan yuran tahunan RM8.00 (diketepikan untuk tahun pertama).
Contohnya, jika anda memohon Kad Visa anda pada 1 Januari 2023, yuran tahunan akan dikenakan pada 1 Januari 2024, iaitu satu (1) tahun selepas permohonan anda dibuat.
Apakah Perbezaan Antara Kad Visa & Kad Touch ‘n Go?
Kad Visa dan Kad Touch ‘n Go ialah dua (2) produk yang berbeza, iaitu dengan perbezaan utama seperti berikut:
Kad Visa | Kad Touch ‘n Go | |
---|---|---|
Pengeluar Kad | Touch ‘n Go eWallet | Touch ‘n Go |
Skim Kad | Ini adalah kad Visa yang boleh digunakan di seluruh dunia dan dalam talian, iaitu di mana-mana sahaja Kad Visa akan diterima. | Kad ini hanya boleh digunakan pada titik sentuh Touch ‘n Go yang dipilih. |
Baki Kad | Baki eWallet | Pada kad (berasingan daripada baki eWallet, melainkan dipautkan melalui PayDirect untuk tol dan tempat letak kereta) |
Bayaran Tol | Ya (Tol Terpilih) | Ya |
Transit Massa | Ya (Kereta Api Terpilih) | Ya |
Parking (Tempat Letak Kereta) | Ya | Ya |
Di Mana Untuk Memohon? | Permohonan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, lihat logo Visa di halaman utama atau di halaman profil anda. | Terdapat beberapa tempat di mana anda boleh membeli kad ini iaitu sama ada melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, lihat logo kad TNG di halaman utama ATAU anda juga boleh dapatkan kad ini di eshop Lazada, di kiosk petrol terpilih dan penjual semula. |
Diharapkan perkongsian info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!
Artikel Berkaitan: 7 Langkah Mudah ‘Claim’ TNG Refund Kad Touch ‘n Go.