Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 BAHAYA MERKURI DALAM PRODUK KOSMETIK

Bahaya merkuri dalam produk kosmetik bukan isu baru yang dibincangkan. Ia seolah isu yang ‘evergreen’ sering dibincangkan mengikut peredaran zaman. Walaupun banyak kali diingatkan oleh pakar kesihatan tentang betapa bahaya merkuri dalam produk kosmetik, tapi produk yang emngandungi merkuri sering dijual di pasaran malah ‘laris’ bab pisang panas. Kenapa perkara ini terjadi?

Jawapannya adalah kerana janji kesan segera. Ya! pakai hari ini, esok confirm akan cantik! Putih! Itu yang diperlukan oleh kebanyakkan wanita. Disebabkan itulah ramai wanita masih terpedaya dengan janji kebanyakan founder kosmetik walaupun akibatnya sangatlah buruk.

Isi Kandungan

Maksud merkuri

Menurut Institut Nanosains Dan Nanoteknologi (ION2) Universiti Putra Malaysia (UPM), merkuri wujud dalam persekitaran terutamanya adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu, petrol, dari industri yang melibatkan merkuri seperti peralatan elektronik, bateri, lampu, termometer, dental filling dan juga dari sektor pertanian yang menggunakan fungicide (bahan kimia untuk membunuh kulat).

Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam kosmetik. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.

Di manakah merkuri dalam produk kosmetik?

Dalam alat kosmetik, kebiasaan merkuri ini sering dijumpai dalam pelbagai kegunaan. Antaranya adalah:

  • Krim pelembab
  • Krim pemutih
  • Pencuci muka
  • Sabun
  • Maskara
  • Gincu
  • Pemerah pipi
  • Pelembab
  • Bedak asas

Merkuri dalam produk kosmetik hadir dalam dua bentuk sama ada dalam bentuk organik dan bukan organik. Merkuri dalam bentuk organik selalunya digunakan sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti alit mata, pencuci muka dan maskara. Manakala merkuri dalam bentuk bukan organik pula digunakan dalam krim dan sabun pencerah kulit.

bahaya merkuri dalam produk kosmetik

Bahaya Merkuri dalam produk kosmetik

Jika nak ulas tentang bahaya produk merkuri dalam produk kosmetik, terlalu banyak sebenarnya! Tapi kita fokus kepada 3 bahaya yang mungkin ramai yang tidak menyedarinya.

  1. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang
  2. Menyebabkan kemurungan
  3. Boleh menggangu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau bayi yang baru lahir.

Selain daripada kerosakan buah pinggang, merkuri bukan organik dalam produk pencerah kulit juga boleh menyebabkan ruam, penyahwarnaan dan parut pada kulit serta mengurangkan pertahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain merkuri juga dikaitkan dengan gejala keresahan dan kemurungan.

bahaya merkuri dalam produk kosmetik

Apa yang membuatkan keracunan merkuri dari produk kecantikan begitu menakutkan? Banyak di antara tanda-tanda yang tidak spesifik dan sukar untuk dikenal pasti. Antara simptomnya termasuk keresahan, kemurungan, kesukaran menumpukan perhatian, insomnia, kebas di kaki, dan gegaran (tremor). Menurut USFDA (US Food and Drug Administration), pendedahan kepada merkuri boleh membawa kesan kesihatan yang serius, termasuk kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf dan ia boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak (bahaya merkuri dalam produk kosmetik).

Lebih buruk lagi, jika produk-produk ini digunakan dari masa ke masa, merkuri di dalamnya boleh perlahan-lahan dilepaskan sebagai wap merkuri di udara, yang boleh mencemarkan keseluruhan isi rumah dan memberi kesan kepada kanak-kanak dan keluarga ahli walaupun mereka tidak pernah menggunakan produk tercemar diri mereka sendiri.

bahaya merkuri dalam produk kosmetik

Dalam beberapa kajian di Afrika menunjukkan, pengguna produk kosmetik yang mengandungi bahan merkuri bukan organik dalam krim pencerah kulit selama satu hingga sembilan bulan dikesan menunjukkan gejala ‘sindrom nefrotik’ iaitu suatu keadaan di mana kandungan protein yang tinggi dalam air kencing. Pengurangan gelaja sindrom nefrotik ini dapat dilihat dalam hampir tiga per empat daripada golongan wanita setelah mereka berhenti menggunakannya.

Penutup

Jadi, kepada semua wanita, berhati-hati dalam memilih produk kosmetik, gadai sekejap bab harga murah dan kesan cepat itu tapi utamakan keselamatan serta kesihatan diri yang berpanjangan. Produk kosmetik dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Produk kosmetik yang ingin dikilang, diimport, diedar atau dipasarkan dalam Malaysia perlu dinotifikasikan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.

bahaya merkuri dalam produk kosmetik

Syarikat yang memasarkan produk kosmetik perlu memastikan produk mereka selamat, berkualiti serta sebarang tuntutan atau khasiat produk yang dinyatakan pada label atau iklan dapat disokong dengan bukti dokumentasi yang lengkap. Melalui proses kosmetik bernotifikasi ini, pihak BPFK, KKM berupaya untuk menyaring dan menyekat produk-produk kosmetik yang tidak memenuhi keperluan regulatori, mengandungi bahan terlarang atau mengandungi bahan yang melebihi had yang dibenarkan daripada memasuki pasaran dalam negara atau dinotifikasikan.

Dah jelas kenapa bahaya merkuri dalam produk kosmetik? Jadi berhati-hati lah ya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More