Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Anggur Shine Muscat ada kimia berbahaya? Menyebabkan batuk? Ini 3 Fakta penting!

Anggur shine muscat ada kimia berbahaya? Ini yang heboh sejak semalam lagi di media sosial. Kebanyakan semua menzahirkan kerisauan kerana anggur jenis shine muscat ini sangat popular. Anggur ini yang juga dikenal dengan nama Muscatel, Moscato, dan Moskatel ini berasal dari Itali dan spesiesnya mencakup lebih dari 200 varieti. Ia digemari ramai kerana rasanya yang manis serta texture buahnya yang ranggup diminati ramai terutama pencinta buah-buahan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata akan menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap anggur import jenis ‘Shine Muscat’ yang dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan oleh Thailand.

anggur shine muscat ada kimia
Anggur Shine Muscat ada kimia berbahaya? Menyebabkan batuk? Ini 3 Fakta penting! 3

Menteri juga turut merujuk hal ini kepada agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk membuat pengesahan. Jelasnya lagi, sekiranya benar anggur berkenaan mempunyai kandungan sebagaimana yang didakwa, pihaknya akan membuat pengumuman dan tindakan susulan akan diambil. Walau bagaimanapun, setakat ini pihak kementerian belum menerima sebarang aduan berhubung perkara berkenaan. Pengesahan dan tindakan susulan akan dibuat pihak kementerian jika anggur berkenaan dikesan mengandungi bahan kimia berbahaya.

Isi Kandungan

Isu timbul berkenaan anggur shine muscat ada kimia

Isu ini menjadi tular disebabkan oleh pengumuman dari negara jiran, iaitu Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum yang dibenarkan.

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.

Khasiat anggur shine muscat

Menurut Berita Harian, Ada dikatakan banyak khasiat anggur muscat ini antaranya:

  • Anggur Muscat adalah sumber vitamin C, A, dan K.
  • Anggur ini dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi jantung secara keseluruhan.
  • Kajian menunjukkan bahawa memakan anggur dapat membantu mencegah pembekuan darah, dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL buruk, serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Resveratrol yang terdapat di kulit angor dapat membantu keradangan, yang merupakan berita baik bagi penghidap artritis.
  • Anggur membantu mencegah degenerasi makula, mengurangkan kerosakan pundi kencing pada lelaki dengan prostat yang membesar dan mencegah osteoporosis.
  • Mungkin disebabkan nutrien khasiat tambahan pada anggur Muscat menjadikannya sangat mahal. Di samping proses penghasilan yang eksklusif, kerana itu pembungkusan juga rapi dan cermat.
  • Rasa juicy, rangup dan tidak terlalu manis serta rupa yang cantik dan bersih memang buat kita tertawan.
anggur shine muscat ada kimia
Anggur Shine Muscat ada kimia berbahaya? Menyebabkan batuk? Ini 3 Fakta penting! 4

Penutup

Jadi, sebelum mengambil sebarang makanan, haruslah kita pastikan selain halal adalah ia baik untuk kesihatan atau tidak. Jangan kerana kita terpesona dengan rupa dan rasanya, kita ketepikan segala hal penting yang perlu diberi perhatian. Jadi, 3 fakta penting yang perlu diberi perhatian adalah dalam isu anggur shine muscat ada bahan kimia ini adalah:

  1. Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat
  2. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneliti perkara ini dan mengumumkannya kelak
  3. Anggur jenis ini juga mempunyai khasiat tersendiri

Apa pun, dalam isu anggur shine muscat ada kimia atau tidak ini, kita perlu menunggu pengumuman dari pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan. Semoga anggur shine muscat ada kimia ini tidak benar, sebab anggur ni sedap!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More