Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Pemikiran Sihat Bentuk Perkahwinan Positif

Perkahwinan positif? Ya betul. Lewat ini sering kita dikejutkan dengan ramai pasangan terutama dalam kalangan selebriti yang berpisah. Mereka ini sering dilihat mesra dan bahagia di media sosial, tapi akhirnya perkahwinan yang berusia tujuh tahun, lapan tahun malah berbelas tahun akhirnya ternokhtah. Ramai kata sebab tak sekufu? Atau sebab perkahwinan positif berubah menjadi negatif?

Memang ya. Jodoh, pertemuan, rezeki, dan ajal maut semua di tangan Allah. Tapi jika kita boleh membentuk perkahwinan kita dengan pemikiran positif dan sihat, insya Allah akan terwujud perkahwinan positif yang harmoni. Ini kerana mana mungkin sebuah perkahwinan tiada ujian kan? Tapi bagaimana cara kita mengharunginya itu yang penting.

perkahwinan positif
7 Pemikiran Sihat Bentuk Perkahwinan Positif 4

Di sini kami kongsikan 7 pemikiran sihat yang setiap pasangan boleh amalkan bagi membentuk perkahwinan yang positif.

Isi Kandungan

7 Pemikiran Sihat untuk perkahwinan positif yang patut pasangan amalkan

1. Bersyukur

Perkara paling utama dalam perkahwinan positif adalah SYUKUR. Syukur ini tanda kita menghargai apa sahaja yang hadir dalam hidup kita. Bila Bahagia bersyukur Allah bagi nikmat. Namun, jika diuji, bersyukur juga Allah pilih kita untuk mendengar rintihannya dan untuk menjadikan kita lebih kuat. Syukur juga akan buatkan kita menerima diri kita dan pasangan seadanya. Tiada lagi perbandingan pasangan siapa paling kaya, paling baik, paling romantik dan sebagainya.

Bersyukur juga kita mampu meningkatkan hormon dopamine dalam diri kita, sekaligus kepuasan terhadap kehidupan akan meningkat. Dengan kepuasan yang meningkat, kita dapat memperoleh pelbagai manfaat. Kita akan rasa lebih bersemangat, serta berasa baik tentang diri sendiri dan dunia di sekeliling kita.

2. Fikir rasional dan terbuka

Berfikir secara rasional dan terbuka bermaksud kita menerima apa yang hadir di sekeliling kita tanpa prejudis. Terbuka juga bermaksud kita menerima pandangan orang lain dan fikir baik buruknya pandangan itu tanpa merasakan setiap masa kita betul dan orang lain semuanya salah.

Manakala rasional itu menjadikan kita berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan kerana marahkan anak, ditengkingnya isteri dan sebaliknya. Sebaiknya, bertindaklah rasional dalam setiap tindakan kita terutama pada yang tersayang.

3. Tidak membesarkan perkara kecil

Setiap orang ada kelemahan tersendiri. Jika kelemahan itu terlalu kecil dan tidak memberi kesan pada kehidupan seharian, abaikan sahaja. Namun jika perkara itu sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan, maka carilah penyelesaian.

Perkara kecil yang perlu diabaikan contohnya isteri suka ubat gigi jenama A, manakala suami suka ubat gigi jenama. Maka bergaduh suami isteri ubat gigi jenama apa yang patut dibeli. Walhal, beli sajalah kedua-duanya sekali, tiada siapa salah dan menang bukan?

perkahwinan positif
7 Pemikiran Sihat Bentuk Perkahwinan Positif 5

4. Bertenang dan tidak terus membuat kesimpulan

Ketenangan itu raja. Betul! Tak semua orang mampu tenang terutama ketika marah. Jika nak hubungan suami isteri harmoni, pastikan salah seorang menjadi penenang ketika salah seorangnya sedang membara. Barulah pasangan akan rasa ‘sejuk’ dan dapat membuat kesimpulan dengan waras.

Begitu juga ketika kita sedang dalam tekanan, ambil masa dan carilah penyelesaian. Ketenangan ini boleh dicapai jika kita keluar dari keadaan itu. Sebagai contoh, sedang marahkan isteri untuk sesuatu kesalahan, Tarik nafas dan mungkin keluar ke balkoni sebentar. Duduk di situ yang berfikir sejenak sebelum mengeluarkan perkataan atau tindakan yang mungkin boleh menhancurkan kebahagiaan seumur hidup.

5. Fokus kepada perkara yang boleh dikawal

Perkahwinan positif wujud bila kita tidak terlalu banyak bercerita tentang orang lain yang mana mungkin kita boleh mengawal dirinya. Tapi fokuslah pada ‘circle’ dalam kawalan kita. Seperti contoh diri kita sendiri, isteri, anak-anak dan keluarga kita sahaja.

Jika ada seseorang yang ingin menghancurkan hubungan suami isteri dengan bercakap buruk tentang pasangan kita, elakkan dari berjumpa dengannya. Elakkan mendengar kata-katanya dan elakkan kita dipengaruhi olehnya. Mungkin sudah ditegur, dia tidak juga berubah. Maka kitalah yang perlu menjarakkan diri darinya kerana kita mampu mengawal diri kita.

6. Hormat batasan dan hak pasangan

Setiap orang wajib dihormati. Tidak kira di peringkat mana kehidupan dia, tapi kehormatan itu adalah haknya. Apatah lagi pasangan kita, mereka juga ada hak yang perlu dihormati. Dengan masing-masing tahu meletakkan nilai dalam perhubungan, pada itu hubungan akan menjadi lebih baik dan indah.

Bila hubungan itu menjadi jernih dan indah, maka pemikiran yang sihat juga akan mula berkembang.

perkahwinan positif
7 Pemikiran Sihat Bentuk Perkahwinan Positif 6

7. Jangan terus membuat andaian

Fikiran yang sihat adalah fikiran yang waras. Waras bermaksud kita berfikir dalam keadaan sedar atau dalam kawalan kita. Jadi elakkan kita mebuat andaian sendiri tanpa ada bukti yang kukuh.

Ada suami yang kurang ucapkan ‘I Love You’ maka dianggap sudah tiada lagi rasa sayang pada si isteri. Walhal mungkin karakter suaminya begitu walapun sayang masih menggunung.

Jadi, dari asyik membuat andaian sendiri, baik beritahu suami agar sikapnya ditambahbaik agar isteri gembira barulah jadi perkahwinan positif.

Penutup

Dalam kehidupan, tak semua yang kita suka adalah yang terbaik buat kita dan begitulah sebaliknya. Jadi belajarlah menerima pasangan seadanya kerana itulah jodoh yang dikirim Tuhan untuk kita. Fikirlah yang baik-baik tentangnya dan sayangilah rumahtangga itu dengan seikhlasnya. Selagi boleh, binalah keluarga hasil dari perkahwinan yang positif dan baik. Perkahwinan positif mampu menyokong dan memanjangkan tempoh perkahwinan kita meskipun berlaku pergaduhan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More