Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tahun 2024
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 |
Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun & Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap |
Jumlah Kekosongan | 2 |
Jumlah Simpanan | 25 |
Kumpulan Perkhidmatan | Pelaksana |
Kementerian / Jabatan | Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Semenanjung) |
Jadual Gaji | RM 1,360.00 – RM 4,052.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 5 November 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80); dan
- Calon bagi lantikan dengan kelayakan di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang SKM bagi bagi calon SPM yang memiliki SKM Tahap 3 yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas).
- Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi).
- Operasi Kenderaan Pengangkutan Barangan.
- Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat.
Syarat lantikan ke jawatan ini di semua peringkat urusan pengambilan adalah tertakluk kepada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 5 November 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Syarikat Air Terengganu (SATU) 2024,
- Jawatan Kosong EDGE UPSI 2024,
- Jawatan Kosong SIRIM QAS 2024,
- Jawatan Kosong KPTM Ipoh 2024,
- Jawatan Kosong KPTM Kuantan 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.