Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara bagi tahun 2025.

Isi Kandungan

Inisiatif Penghargaan Khas Kepada Pesara Diteruskan Pada Tahun 2025

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.

PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

Pemberian ini bertujuan untuk menjadikan amaun diterima pesara pada Julai hingga Disember tahun tersebut adalah sama sepertimana amaun pencen semasa yang diterima.

Melalui Belanjawan 2025, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa PKPP akan diteruskan kepada pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

Terdahulu, pembayaran PKKP telah dikreditkan ke akaun pesara bermula Julai 2023 dan pembayaran akan dibuat secara berterusan sehingga Disember 2024.

Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025 1

Penyelarasan Pencen Kepada Pesara & Penerima Pencen Terbitan

Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024 pada 16 Ogos 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti Pegawai Awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.

Justeru, bagi mendapatkan ‘Gaji Akhir Bersamaan (Terbaharu)’, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas Gaji Akhir atau Gaji Akhir Bersamaan pesara.

Gaji Akhir Bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, amaun pencen baharu akan didapati selepas penyelarasan Gaji Akhir atau Gaji Akhir Bersamaan dengan menggunakan formula seperti berikut:

Formula Pengiraan
Bagi Tempoh Perkhidmatan Kurang 360 Bulan1/600 x Jumlah Genap Bulan Perkhidmatan Yang Boleh Dimasuk Kira x Gaji Akhir Bersamaan (Terbaharu)
Bagi Tempoh Perkhidmatan Genap 360 Bulan / Lebih3/5 x Gaji Akhir Bersamaan (Terbaharu)

YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima oleh pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.

Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025 2
Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025 3
Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025 4
Pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) Tahun 2025 5

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Penghargaan Khas Kepada Pesara ini, sila rujuk Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More