Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permulaan Fasa Monsun Timur Laut 2024 Dijangka Bermula 5 November

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Monsun Timur Laut 2024 yang kini bermula di Seluruh Malaysia dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2025.

Musim Monsun Timur Laut (MTL) merupakan musim hujan utama di negara kita.

Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama aliran udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur.

Isi Kandungan

Tarikh Permulaan Monsun Timur Laut 2024

Monsun Timur Laut 2024/2025 atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025.

Dalam tempoh ini, lima (5) hingga tujuh (7) episod hujan lebat berterusan dijangka akan berlaku.

Semasa fasa awal Monsun Timur Laut 2024, iaitu dari November 2024 hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di

  • Kelantan.
  • Terengganu.
  • Pahang.
  • Johor.
  • Sabah.
  • Sarawak.

Kemudian, hujan yang banyak pada fasa berikutnya akan berlaku, iaitu dari Januari 2025 hingga Februari 2025, episod hujan lebat seterusnya dijangka berlaku di

  • Pahang.
  • Johor.
  • Sabah.
  • Sarawak.

Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

Hujan lebat berterusan boleh berlaku jika terdapat luruan monsun kuat dan wujud sistem cuaca bertekanan rendah.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah, berhampiran sungai dan kawasan kerap banjir.

Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

Semua rakyat Malaysia khususnya penduduk setempat di negeri-negeri yang dijangka akan berlaku hujan lebat berterusan ini dinasihatkan supaya sentiasa cakna dan ambil tahu mengenai cuaca semasa MTL dan sentiasalah berwaspada walau dimana pun anda berada.

Permulaan Fasa Monsun Timur Laut 2024 Dijangka Bermula 5 November 1
Permulaan Fasa Monsun Timur Laut 2024 Dijangka Bermula 5 November 2
Permulaan Fasa Monsun Timur Laut 2024 Dijangka Bermula 5 November 3

Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2024

Kesediaan sebelum dan semasa musim tengkujuh adalah sangat penting.

Berikut adalah antara persediaan yang boleh kita lakukan untuk menghadapi monsun timur laut ini, iaitu:

Sebelum Musim Tengkujuh1. Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
2. Pastikan air mencukupi dan bekalan makanan tidak mudah rosak.
3. Kosongkan longkang dan elakkan laluan longkang daripada tersumbat.
Semasa Musim Tengkujuh1. Tetap di atas tanah yang kukuh. Jauhi longkang yang mengalir deras, sungai dan kawasan banjir.
2. Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan melintasi jambatan yang tidak stabil dan jalan raya yang sentiasa dinaiki air.
3. Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan anda.
4. Bersedia untuk memindahkannya secara terarah, terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai, sungai berhampiran atau kawasan rendah.
5. Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat yang tinggi dan semua harta benda lain dilindungi daripada kehilangan dan kemusnahan akibat banjir.
6. Elakkan pergi ke laut dengan menggunakan bot atau kapal kecil.

Maklumat Lanjut

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melalui medium sebaran rasmi, iaitu

Info cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia sahaja.

Sebarang maklumat lanjut dan bantuan berkaitan Monsun Timur Laut 2024 di tempat anda, anda boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.

Diharapkan info terkini tentang Monsun Timur Laut 2024 ini bermanfaat dan dapat memberikan persediaan awal kepada semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More