Permohonan Baharu STR 2025 & Kadar Bayaran Mengikut Kategori
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan baharu STR 2025 yang kini telah dibuka sehingga 30 November 2024.
Isi Kandungan
Peruntukkan STR 2025
Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukkan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada 10 bilion ringgit kepada 13 bilion ringgit bagi tahun 2025.
Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Beliau berkata pemberian STR dan SARA akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Syarat Kelayakan Permohonan STR 2025
Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Kategori | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah | 1. Berkahwin; atau 2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan 3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan 3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah. |
Bujang | 1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 2. Had umur adalah antara 21 hingga 59 tahun; dan 3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan 4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan 5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah. |
Individu Bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan Isi Rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu Bujang.
Cara Membuat Permohonan STR 2025
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 boleh membuat permohonan baharu STR 2025 sehingga 30 November 2024 bagi melayakkan anda menerima STR Fasa 1 bagi tahun 2025 nanti.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi Fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Permohonan baharu atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:
- Secara dalam talian di Portal SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
atau
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan.
Kadar Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori
Mulai 2025, 5.4 juta penerima STR bagi kategori Isi Rumah akan menerima SARA sehingga RM100 sebulan.
Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025.
Selain itu, kadar STR bagi kategori Bujang pula akan ditingkatkan kepada RM600 dan kadar maksimum yang diterima oleh Isi Rumah meningkat kepada RM4,600.
Tambahan SARA untuk Miskin & Miskin Tegar adalah RM100 / RM50 sebulan iaitu RM1200 / RM600 setahun.
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2025 mengikut kategori untuk makluman semua penerima STR.
Kategori Penerima | Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah STR | Jumlah SARA (Penerima STR LAYAK SARA RM100 / RM50 Untuk 9 Bulan) | Jumlah Keseluruhan |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 0 | RM 1,000 | RM 900 | RM 1,900 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 1-2 | RM 1,500 | RM 900 | RM 2,400 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 3-4 | RM 2,000 | RM 900 | RM 2,900 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | ≥ 5 | RM 2,500 | RM 900 | RM 3,400 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 0 | RM 500 | RM 900 | RM 1,400 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | RM 750 | RM 900 | RM 1,650 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 3-4 | RM 1,000 | RM 900 | RM 1,900 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | RM 1,250 | RM 900 | RM 2,150 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ RM5,000 | – | RM 600 | RM 450 | RM 1,050 |
Bujang (21-59 Tahun) | – | – | RM 600 | – | RM 600 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan STR 2025, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
- Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!