Peluang Kerjaya Sebagai Pelatih PLKN 3.0 Seluruh Malaysia
Pemilihan Jurulatih / Pelatih PLKN 3.0 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Permohonan Sebagai Pelatih PLKN 3.0
Maklumat permohonan jawatan kosong sebagai Pelatih PLKN 3.0 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|
Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S5 (Gred S29) | Kontrak | 14 November 2024 |
Pembantu Belia Dan Sukan S1 (Gred S19) | Kontrak | 14 November 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Pelatih PLKN 3.0 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 28 sehingga 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sihat tubuh badan dan Body Mass Index (BMI) tidak melebihi 27.0.
Jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S5 (Gred S29)
Calon lantikan bagi Pelatih PLKN 3.0 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tingi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tingi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bagi kriteria tambahan lantikan yang disokong pada Gred Jawatan S5 adalah seperti berikut:
- Pesara ATM atau Veteran ATM yang berumur melebihi 45 tahun akan dipertimbangkan tertakluk kepada ketetapan panel temuduga.
- Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan PLKN 2.0.
Jawatan Pembantu Belia Dan Sukan S1 (Gred S19)
Calon lantikan bagi Pelatih PLKN 3.0 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada GRED S1: RM1,622.00).
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bagi kriteria tambahan lantikan yang disokong pada Gred Jawatan S1 adalah seperti berikut:
- Umur yang melebihi 45 tahun akan dipertimbangkan tertakluk kepada ketetapan panel temuduga.
- Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan PLKN 2.0.
- Pesara ATM atau Veteran ATM yang memiliki pensijilan dalam bidang jurulatih kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan.
- Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelatih PLKN kearah modal insan yang baik.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan scan dan mengisi maklumat pada pautan QR berikut:
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UiTM Cawangan Melaka 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2024,
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) November 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Permohonan Sebagai Pelatih PLKN 3.0 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.