Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong IPG Malaysia Tahun 2024
Jawatan Kosong IPG kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong IPG
Maklumat Jawatan Kosong IPG yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | 1. Pensyarah 2. Jurulatih Kokurikulum 3. Pegawai Pengurusan Dan Pegawai Kaunseling |
Lokasi Penempatan | Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu |
Tarikh Tutup Permohonan | 14 November 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong IPG ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pensyarah
Calon lantikan Jawatan Kosong IPG hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dengan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN / Bahagian dan Pengetua / Guru Besar).
- Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Jurulatih Kokurikulum
Calon lantikan Jawatan Kosong IPG hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dengan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN / Bahagian dan Pengetua / Guru Besar).
- Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang kokurikulum.
- Mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) Sijil Kejurulatihan dan DUA (2) Sijil Kepegawaian dalam bidang kokurikulum daripada Jabatan / Agensi yang diperaku.
- Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang kokurikulum.
Jawatan Pegawai Pengurusan Dan Pegawai Kaunseling
Calon lantikan Jawatan Kosong IPG hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dengan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Diluluskan oleh Pengarah JPN / Bahagian dan Pengetua / Guru Besar).
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan PPPM 1A sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 14 November 2024 (Khamis).
Sila sertakan semua salinan dokumen / sijil yang diperlukan. Sila Rujuk Prosedur Permohonan pada IKLAN PENUH PERMOHONAN.
Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada:
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan,
Jalan Bukit Keluang, Kota Putra,
22200 Besut, Terengganu.
(u.p: Ketua Unit Khidmat Pengurusan)
Calon yang mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD) adalah sangat dialu-alukan untuk memohon.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) November 2024,
- Pengambilan Pelatih PLKN 3.0,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong IPG yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.