Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan SARA 2025 & Jumlah Sumbangan Mengikut Kategori

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan SARA 2025 yang telah dibentangkan pada Belanjawan baru-baru ini.

Isi Kandungan

Peruntukkan STR & SARA 2025

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukkan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada 10 bilion ringgit kepada 13 bilion ringgit bagi tahun 2025.

Inisiatif bantuan STR dan SARA 2025 bakal disalurkan kepada 9 juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024.

Bantuan SARA 2025 & Jumlah Sumbangan Mengikut Kategori 1

Pelaksanaan Program SARA 2025

Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025 dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh menerima barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih, iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.

Pemberian bantuan SARA untuk kategori Isi Rumah yang layak akan menerima RM100 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan melalui pembelian tanpa tunai. Manakala, untuk kategori Bujang pula akan menerima STR sebanyak RM600.

Bantuan SARA 2025 & Jumlah Sumbangan Mengikut Kategori 2
Bantuan SARA 2025 & Jumlah Sumbangan Mengikut Kategori 3

Syarat Kelayakan Bantuan SARA 2025

Berikut adalah kelayakan bantuan SARA 2025, iaitu

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jumlah Bantuan SARA 2025 Mengikut Kategori

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima bantuan sumbangan berjumlah seperti ketetapan berikut:

Kategori PenerimaPendapatanBilangan AnakJumlah STRJumlah SARA (Penerima STR LAYAK SARA RM100 / RM50 Untuk 9 Bulan)Jumlah Keseluruhan
Isi Rumah≤ RM2,5000RM 1,000RM 900RM 1,900
Isi Rumah≤ RM2,5001-2RM 1,500RM 900RM 2,400
Isi Rumah≤ RM2,5003-4RM 2,000RM 900RM 2,900
Isi Rumah≤ RM2,500≥ 5RM 2,500RM 900RM 3,400
Isi RumahRM2,501 – RM5,0000RM 500RM 900RM 1,400
Isi RumahRM2,501 – RM5,0001-2RM 750RM 900RM 1,650
Isi RumahRM2,501 – RM5,0003-4RM 1,000RM 900RM 1,900
Isi RumahRM2,501 – RM5,000≥ 5RM 1,250RM 900RM 2,150
Warga Emas Tiada Pasangan≤ RM5,000RM 600RM 450RM 1,050
Bujang (21-59 Tahun)RM 600RM 600

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SARA 2025, sila rujuk portal rasmi MyKasih dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More