Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM bagi tahun 2024 kini dibuka kepada orang awam yang berminat dan berkelayakan.

Seperti yang kita sedia maklum, Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2024 yang rasmi dan lengkap kini telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP).

Oleh itu, kini pihak LP dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM pada tahun ini.

Isi Kandungan

Tawaran Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM

Selaras dengan 7 langkah mengatasi beban tugas guru seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan, pelantikan Pengawas Peperiksaan Awam bermula dengan peperiksaan SPM tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam.

Inisiatif oleh Fadhlina Sidek itu adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga.

LP dan KPM akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM bagi tahun 2024 mulai 2 Januari 2025 sehingga 6 Februari 2025.

Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:

PrinsipTawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan.
ElaunElaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.
TugasBertugas sebagai Pengawas Peperiksaan sahaja.
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024 1
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM

Tugas Pengawas Peperiksaan SPM

Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak LP adalah seperti berikut:

  1. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  2. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
  3. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
  4. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
  5. Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
  6. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
  4. Pemohon adalah pesara / pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung / lepasan sekolah, kolej atau universiti.
  5. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
  6. Mempunyai pengangkutan sendiri.

Kategori pemohon adalah seperti berikut:

  • Kategori 1 – Pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
  • Kategori 2 – Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi.
  • Kategori 3 – Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri / sekolah swasta / Maktab Rendah Sains Mara.
  • Kategori 4 – Anggota kumpulan pelaksana / pekerja kontrak kerajaan.
  • Kategori 5 – Kakitangan bukan kerajaan / pesara kerajaan dan swasta.
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024 2
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024 3
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM bagi tahun 2024 ini boleh dibuat melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Daftar Akaun sebagai pengguna terlebih dahulu.
  2. Log Masuk dan pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama.
  3. Isi maklumat diri dengan lengkap pada Permohonan Baru.

Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024 kini dibuka sehingga tarikh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM ini, sila rujuk portal rasmi e-Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!


This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More