Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Selalu lapar walaupun dah makan antara 10 tanda ada diabetes!

10 tanda ada diabetes ini mungkin ramai yang sudah tahu. Tapi tahukah kalian yang slaah satunya ada selalu lapar walaupun dah makan? Makan pagi, tengah hari, petang dan malam tak pernah ‘miss’ tapi perut masih berkeroncong minta diisi. Apakah tandanya itu? ianya akibat tubuh tak dapat guna gula sebagai tenaga kerana kita mengalami diabetes!

Isi Kandungan

10 tanda ada diabetes

Kebanyakan orang mungkin hanya sedar dan tahu tanda diabetes adalah luka lambat sembuh. Jika luka lambat sembuh sering dikaitkan dengan diabetes terutama bagi mereka yang berumur. Tapi sebenarnya banyak lagi tanda lain diabetes yang mungkin kita dah mengalaminya tapi tidak menyedarinya. Di sini kita senarai 10 tanda ada diabetes.

Seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia, antara tanda lain diabetes adalah seperti berikut:

  1. Selalu lapar walaupun dah makan adalah akibat tubuh tak dapat guna gula sebagai tenaga. I
  2. Kulit kering dan gatal pula berpunca dari gula tinggi dalam darah dan dehidrasi tubuh.
  3. Kebas tangan & kaki berlaku akibat paras gula tinggi merosakkan saraf. Gula tinggi dalam darah merosakkan saluran darah & saraf.
10 tanda ada diabetes
Selalu lapar walaupun dah makan antara 10 tanda ada diabetes! 3

Justeru, antara tanda lain yang mencukupkan 10 tanda ada diabetes adalah seperti berikut:

N0 Tanda ada diabetis
1. Selalu haus. Kadar gula darah yang tinggi dapat menyebabkan tubuh mengeluarkan lebih banyak urine untuk mengeluarkan gula berlebih, yang menyebabkan dehidrasi dan rasa haus yang berlebihan.
2. Kerap buang air kencing. Kadar gula yang tinggi dalam darah boleh memaksa ginjal untuk bekerja lebih keras dalam menyaring gula berlebih, yang menyebabkan sering buang air kecil, terutama di malam hari.
3. Selalu letih. Ketika tubuh tidak dapat menggunakan gula darah dengan efektif, sel-sel tubuh kekurangan energi, yang boleh menyebabkan keletihan walaupun sudah cukup tidur.
4. Berat turun mendadak. Walaupun nafsu makan normal atau bahkan meningkat, pesakit diabetes akan turun berat badan dengan mendadak tanpa sebab yang munasabah.
5. Mata kabur. Kadar gula darah yang tinggi dapat menyebabkan perubahan cairan dalam tubuh, termasuk pada lensa mata, yang dapat mengaburkan penglihatan.
6. Luka atau jangkitan lambat sembuh. Kadar gula darah yang tinggi boleh mempengaruhi kemampuan tubuh untuk menyembuhkan luka dan meningkatkan risiko jangkitan.
7. Gatal-gatal. Gula darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko jangkitan terutama pada kawasan tubuh yang lembap, seperti celah-celah kelekang, bawah payudara, atau kawasan ketiak.
10 tanda ada diabetes
Selalu lapar walaupun dah makan antara 10 tanda ada diabetes! 4

Jadi macam mana? melihat kepada 10 tanda ada diabetes di atas adakah anda mengalami salah satu tanda tersebut? Jika ada, pastikan dapat nasihat dari doktor atau buat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Langkah pencegahan

Sebagai langkah pencegahan jika terdapat 10 tanda ada diabetes tu, anda boleh mengawalnya dengan jalani hidup dengan sihat. Ia mampu membantu:

  • Membantu mencapai aras gula, lemak & tekanan darah yang normal
  • Mencegah komplikasi akibat ketinggian aras gula darah
  • Membantu mengekalkan berat badan yang sihat

Makan dengan betul

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor, peraturan pertama adalah untuk mengawal kuantiti makanan dan tidak melangkau waktu makan. Mengawal kuantiti bermakna makan sedikit segala-galanya termasuk pilihan daging tanpa lemak serta sayur-sayuran pelbagai warna, karbohidrat serta buah-buahan.

Peraturan kedua ialah untuk memilih kualiti makanan yang sesuai. Ini termasuk menghadkan makanan yang tinggi lemak seperti pastri dan makanan bergoreng, juga menghadkan atau sebaiknya mengelakkan manisan. Selain itu, makan lebih sayur-sayuran untuk mendapatkan fiber dan pilih produk mil penuh dalam diet harian.

Peraturan ketiga adalah untuk makan pada masa yang tetap sekurang-kurangnya empat kali sehari pada sela masa 3 – 4 jam. Aktivit ini boleh mengawal 10 tanda ada diabetes tadi.

Awas makanan tinggi sodium!

Pesakit Diabetes berisiko untuk masalah tekanan darah tinggi. Pengambilan makanan masin dan tinggi sodium boleh meningkatkan risiko ini. Oleh itu, makanan tinggi sodium. Sebaliknya, amalkan diet yang tinggi kandungan buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak kerana ia akan membantu menurunkan tekanan darah.

Makan secara berkala

Tubuh kita berpotensi untuk mengawal atur gula darah dengan baik melalui tabiat makan secara berkala. Amalan ini akan menjadikan aras gula sentiasa di paras normal dan juga membantu penurunan berat badan. Masa makan juga harus disesuaikan dengan masa untuk ubat bertindak.

Makan hidangan-hidangan kecil akan membantu anda untuk mengawal porsi karbohidrat. Walau bagaimanapun, ianya mestilah berada dalam lingkungan dalam lingkungan kalori yang dibenarkan untuk anda. Amalan melangkaui waktu makan hanya akan menyebabkan anda kelaparan di waktu seterusnya.

Sentiasa mulakan hari dengan sarapan yang baik dan cuba kekalkan pengambilan kalori yang sama setiap hari. Ini akan menghasilkan bacaan gula darah yang konsisten setiap hari.

Penutup

Penurunan berat badan adalah disyorkan untuk semua individu yang mengalami berlebihan berat badan atau obes samada telah mendapat Diabetis atau yang berisiko untuk Diabetis. Kajian menunjukkan bahawa kehilangan sebanyak 5%-10% daripada jumlah berat badan, boleh membantu pesakit Diabetis untuk menurunkan gula darah, tekanan darah dan paras kolesterol. Pengambilan makanan kurang lemak boleh membantu mengurangkan berat badan kerana ia menyediakan kalori lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat dan protin. Oleh itu, pengambilan kalori mestilah disesuaikan ke arah pengurangan berat badan.

Justeru, jangan abaikan 10 tanda ada diabetes ini untuk kesihatan yang optimum. Pastikan sentiasa alert dengan 10 tanda ada diabetes di atas tau!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More