Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Khatam Quran Lengkap Beserta Maksud, Versi Pendek & Panjang

Berikut adalah perkongsian Doa Khatam Quran serta maksudnya yang mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Maksud Khatam Quran

Khatam Al-Quran adalah frasa bahasa Arab yang bermaksud “penyelesaian Al-Quran.”

Perkataan Khatam bermaksud “penutup” atau “pengakhiran.”

Doa Khatam Quran merupakan satu doa yang makbul dan tidak akan ditolak permohonan seseorang yang membacanya.

Justeru, setiap individu yang telah Khatam Al-Quran patut mengambil peluang untuk berdoa selepas Khatam Al-Quran.

Setelah selesai membaca 30 juzuk Al-Quran, kita digalakkan untuk membaca Doa Khatam Al-Quran sebagai tanda kejayaan.

Dengan membaca doa ini kita meminta kebaikan ke atas bacaan Al-Quran yang telah kita lakukan dan dengan doa yang memberikan kebaikan buat kita dan ahli keluarga kita serta umat Islam dan umat manusia yang lain sama ada kebaikan dunia mahu pun kebaikan akhirat.

Doa Khatam Quran

Berikut adalah Doa Khatam Quran versi pendek, iaitu:

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

Rumi: Allaahummarhamnaa Bil Qur’aani. Waj’alhu Lanaa Imaaman Wa Nuuran Wa Hudan Wa Rohmah. Allaahumma Dzakkirnaa Minhu Maa Nusiinaa Wa ‘Allimnaa Minhu Maa Jahilnaa. Warzuqnii Tilaa Watahu Aanaa-Al Laili Wa Athroofan Nahaar. Waj’alhu Lanaa Hujjatan Yaa Rabbal ‘Aalamiin.

Maksudnya: Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Doa Khatam Quran Lengkap Beserta Maksud, Versi Pendek & Panjang 1
Doa Khatam Quran

Manakala, berikut pula adalah Doa Khatam Quran versi panjang, iaitu:

Doa Khatam Quran Lengkap Beserta Maksud, Versi Pendek & Panjang 2
Doa Khatam Quran Lengkap Beserta Maksud, Versi Pendek & Panjang 3

Kelebihan Membaca Al-Quran

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

[Surah Fathir, Ayat 29]

Firman Allah SWT lagi:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

[Surah Al-Qamar, Ayat 17]

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.”

[Hadis Riwayat Muslim]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran, maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. 

[Riwayat Riwayat Al-Tirmizi]

Allah SWT suka kepada hambaNya yang sentiasa membaca dan melazimi Al-Quran. Allah SWT juga telah menjadikan Al-Quran itu mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.

Justeru, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang mencintai dan sentiasa melazimi membaca Al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab tersebut.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

Artikel Berkaitan: Surah Yasin Merupakan Hati Al-Quran.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More