Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi Januari 2025
Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM bagi Sesi Januari 2025 kini dibuka untuk semua lepasan SPM yang berminat.
Isi Kandungan
Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang umum adalah seperti dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi Januari 2025, iaitu:
Program Sijil | 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara (lepasan SPM). 2. Bumiputera. 3. Warganegara Malaysia. 4. Berumur antara 18 hingga 40 tahun. 5. Sihat tubuh badan. 6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik). |
Program Diploma | 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara (lepasan SPM) atau Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2.0. 2. Bumiputera. 3. Warganegara Malaysia. 4. Berumur antara 18 hingga 40 tahun. 5. Sihat tubuh badan. 6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik). |
Manakala, untuk mengetahui syarat kelayakan akademik yang lebih terperinci mengikut institusi, bidang dan sebagainya, boleh rujuk booklet berikut:
Cara Membuat Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM
Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi Januari 2025 boleh memohon pada Borang Permohonan Kemasukan melalui pautan di bawah:
>>>Borang Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi Januari 2025<<<
Pemohon perlu mengisikan maklumat pada Borang Permohonan dengan betul dan tepat.
Permohonan kemasukan kini dibuka bermula 1 Oktober 2024 sehingga 8 Disember 2024 sahaja.
Seterusnya, pemohon boleh membuat Semakan Keputusan Kemasukan ke KKTM, MJII & IKM bagi Sesi Januari 2025 bermula 25 November 2024, bermula jam 3.00 petang pada pautan berikut:
>>>Semakan Keputusan Permohonan<<<
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan KKTM, MJII & IKM Sesi Januari 2025 ini, sila rujuk Facebook TVET MARA dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!