Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Shepherd Pie, Ikut Satu Persatu Resepi Ini Pasti Menjadi!

Kali ini admin akan kongsikan satu resepi menarik, iaitu Resepi Shepherd Pie yang boleh dicuba oleh ibu-ibu di rumah yang hanya menggunakan 2 bahan utama iaitu daging dan kentang.

Isi Kandungan

Resepi Shepherd Pie

Resepi Shepherd Pie ini adalah menu classic British dan yang admin akan kongsikan ini adalah versi daripada Che Nom.

Resepi Shepherd Pie, Ikut Satu Persatu Resepi Ini Pasti Menjadi! 1

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Resepi Shepherd Pie versi Che Nom ini terbahagi kepada 2 perkara seperti berikut:

Bahan Asas1. 500g Daging Kisar (boleh juga digantikan dengan Ayam atau Kambing)
2. 2 Sudu Besar Minyak Zaitun
3. 1 Biji Bawang Besar Kuning, dicincang halus
4. 2 Ulas Bawang Putih, dicincang halus
5. 10g Tepung Gandum
6. 1 Sudu Besar Sos Worcestershire
7. 1 Sudu Besar Tomato Puree
8. 1 Ketul Kiub Daging Knorr
9. 1 Helai Daun Bay
10. 1 Batang Celeri, dipotong kiub kecil
11. 500ml Air
12. 1 Batang Karot, dipotong dadu besar dan rebus
13. Garam secukup rasa
Bahan Untuk Kentang Putar1. 1kg Kentang USA / Russet
2. 1 Sudu Kecil Garam
3. 1/2 Cawan Susu Full Cream Dutch Lady
3. 40g Butter

Cara Penyediaan

Pertama sekali, kita kena sediakan atau masak kentang putar terlebih dahulu. Cara untuk membuat kentang putar adalah seperti berikut:

  1. Kupas kulit kentang dan potong kepada 2 hingga 3 bahagian.
  2. Kemudian, rebus bersama satu sudu kecil garam di dalam air yang penuh menutupi kentang sehingga empuk dan kemudian toskan air.
  3. Masukkan kentang yang panas ke dalam mangkuk dan hancurkan sekata menggunakan potato masher.
  4. Masukkan pula susu dan butter.
  5. Kacau sekata.

Kemudian, barulah boleh membuat Shepherd Pie dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar kuning sehingga lembut keperangan. Kemudian, diikuti dengan bawang putih dan celeri.
  2. Selepas itu masukkan pula daging kisar dan kacau sehingga air yang keluar dari daging kisar tadi kering kerana dengan cara itu rasa daging akan menjadi lebih sedap.
  3. Apabila daging kisar telah kering airnya, masukkan tepung dan kacau seketika.
  4. Masukkan pula sos Worcestershire dan tomato puree. Kacau seketika.
  5. Tuang air ke dalam daging dan masukkan kiub daging dan daun bay.
  6. Teruskan memasak di atas api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat selama lebih kurang 1 jam.
  7. Kemudian, keluarkan daun bay.
  8. Tuang daging ke dalam mangkuk pie seramik atau kaca. Ratakan daging dan taburkan sekata karot yang telah direbus di atas permukaan inti daging.
  9. Sendukkan kentang putar dan letakkan di beberapa bahagian atas pie dengan sekata dan ratakan menggunakan spatula.
  10. Tekan supaya kemas dan corak bahagian atas kentang menggunakan garfu dengan cara melorek atau doleh gunakan spatula untuk tekan menjadi seperti sisik ikan.
  11. Bakar pada suhu 220°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
  12. Apabila sudah masak, sejukkan seketika.
  13. Selepas sejuk, boleh dipotong sebelum dihidang dan sedia untuk dimakan.
Resepi Shepherd Pie, Ikut Satu Persatu Resepi Ini Pasti Menjadi! 2
Credit Asal Resepi Shepherd Pie: Che Nom

Semoga perkongsian Resepi Shepherd Pie ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

Selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More