Permohonan TESP MARA 2024 Bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda
Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) MARA 2024.
Isi Kandungan
Mengenai TESP MARA 2024
Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.
Syarat Kelayakan Permohonan TESP MARA 2024
Sebelum membuat permohonan, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat umum seperti di bawah.
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
- Tidak pernah menerima tajaan / bantuan kewangan / pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari sebarang penyakit kronik sekiranya pemohon menerima tawaran TESP.
- Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana IPT atas masalah akademik / disiplin.
- Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama atau dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda TIDAK akan dipertimbangkan.
- Pemohon yang telah menerima tawaran pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama / setaraf TIDAK BOLEH memohon program TESP.
- Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan / bekerja perlu mendapat pelepasan / kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. Manakala pemohon yang mendapat tajaan pinjaman pelajaran daripada badan penaja lain di peringkat pengajian sebelum ini perlu mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.
- Pemohon telah memenuhi semua syarat kelayakan akademik yang ditetapkan bagi mengikuti kursus yang dipilih. Salinan sijil akademik di peringkat pengajian tertinggi perlu disertakan.
- Skrol dan transkrip peperiksaan bagi sijil akademik yang menggunakan bahasa selain Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Syarat-syarat khusus permohonan TESP ini dibuka kepada pelajar dan di IPT seperti berikut:
Kategori Pemohon | Senarai IPT |
---|---|
Pelajar Baharu / Pelajar Sedia Ada | 1. Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 3. Government Link University (GLU) 4. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) – laluan alternatif |
Pelajar Sedia Ada | 1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) – laluan perdana 2. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) – hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet |
Perincian syarat-syarat khusus yang ditetapkan boleh rujuk DISINI (Halaman 4 – 5) dan senarai IPT dan bidang / khusus yang ditaja di bawah TESP pula pada Halaman 8.
Cara Membuat Permohonan TESP MARA 2024
Permohonan TESP MARA 2024 ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MARA bermula 26 November 2024 sehingga 5 Disember 2024.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat khusus yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan.
Sekiranya pemohon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa sahaja menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Permohonan dibuka secara atas talian (online) pada tarikh yang telah ditetapkan melalui pautan berikut:
>>>PERMOHONAN TESP MARA 2024<<<
Pemohon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi dan calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 90 hari daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan TESP MARA 2024 ini, sila rujuk Garis Panduan Permohonan, Soalan Lazim, Panduan Permohonan dan Manual Sistem yang lebih terperinci.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang melalui e-mel ke alamat-alamat berikut:
- [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
- [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
- [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
- [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
- [email protected] (bagi permohonan di UPTM / KPTM)
- [email protected] (bagi permohonan di KPM)
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!