Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan, Cara Memohon & Senarai Projek Terkini 2024

Berikut dikongsikan mengenai projek Rumah Selangorku yang terkini untuk pengetahuan dan makluman semua rakyat Malaysia diluar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku (RSKU) adalah skim perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Selangor untuk membantu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas di negeri tersebut.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan pelbagai pilihan lokasi, termasuk Rumah Selangorku

  • Kajang,
  • Bangi,
  • Cyberjaya,
  • Cybersouth,
  • Puchong,
  • Batu Caves,
  • Selayang, dan
  • Cheras.

Kerajaan negeri Selangor komited dalam memastikan setiap warga negeri Selangor berpeluang untuk memiliki kediaman yang diimpikan dan dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan memiliki rumah sendiri.

Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan, Cara Memohon & Senarai Projek Terkini 2024 1
Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan, Cara Memohon & Senarai Projek Terkini 2024 2
Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan, Cara Memohon & Senarai Projek Terkini 2024 3

Syarat Kelayakan Permohonan

Adakah anda layak memohon dan membeli Rumah Selangorku? Berikut adalah syarat-syarat utama kelayakan pemohon, iaitu:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran.
  • Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor.
  • Had Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mendaftar secara ‘online’ pada Sistem Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

Daftar lokasi mengikut mukim yang dikehendaki.

Pemohon boleh memohon pada bila-bila masa sahaja walaupun permohonan pendaftaran di dalam Sistem Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi Rumah Selangorku belum dibuka.

Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.

Pemohon boleh menyemak senarai projek Rumah Selangorku yang boleh dipohon pada Sistem Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan memilih tab ‘Semak Status’ dan paparan status terkini permohonan akan dipaparkan.

Anda berminat dan mempunyai keinginan untuk memohon Rumah Selangorku? Berikut adalah semua proses-proses yang anda perlu ambil tahu, iaitu:

Pendaftaran PenggunaPengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
Hantar PermohonanPengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
 Proses KelulusanPemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
Muat Naik DokumenMuat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
Surat TawaranTerima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
Pindah Ke KediamanPindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

Berikut pula adalah garis panduan untuk membuat permohonan, iaitu:

  1. Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan.
  2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
  3. Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  4. Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
  5. Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya, iaitu:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.

Selepas tempoh tersebut, data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon projek Rumah Selangorku ini.

Senarai Projek Rumah Selangorku Terkini Tahun 2024

Untuk makluman pihak tuan / puan, beberapa projek Rumah Selangorku dikenalpasti telah kehabisan unit untuk ditawarkan kepada orang awam.

Oleh yang demikian, pihak tuan / puan adalah disyorkan untuk mengemaskini pilihan projek yang lain di dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku (log-in semula pendaftaran secara atas talian / online) sepertimana senarai projek seperti berikut:

>>>Klik Pautan Ini Untuk Melihat & Memuat Turun Senarai Projek Terkini<<<

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Rumah Selangorku ini, sila rujuk Sistem Permohonan Hartanah Negeri Selangor (SPHNS) atau boleh terus hubungi LPHS di talian 03 – 5510 2122 / 2177 atau e-mel terus ke [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More