Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2024

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJumlah KekosonganJumlah SimpananLokasi PenempatanTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Psikologi Gred S9 (Kaunseling)36Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia12 Disember 2024
Pegawai Psikologi Gred S9 (Klinikal)714Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia16 Disember 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2024 1

Jawatan Pegawai Psikologi Gred S9 (Kaunseling)

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
  • Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang Kaunseling, Psikologi Kaunseling, Kaunseling (Master in Counselling), atau Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah).

Jawatan Pegawai Psikologi Gred S9 (Klinikal)

Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00); atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,020.00); atau
  • Ijazah Kedoktoran dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM3,350.00); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang Psikologi Klinikal.

Cara Permohonan

Permohonan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada tarikh tutup permohonan, jam 11.59 malam.

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S9 (KAUNSELING)<<<

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S9 (KLINIKAL)<<<

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More