Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak Tahun 2024
Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak
Maklumat Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Pegawai Eksekutif Gred N5 |
Taraf Jawatan | Tetap |
Lokasi Penempatan | UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah |
Jadual Gaji | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 23 Disember 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,893.00); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) dan setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen-dokumen berikut yang telah DISAHKAN, iaitu:
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
- Sijil Tamat Persekolahan.
- Sijil SRP / PMR / PT3, MCE / SPM, HSC / STPM atau setaraf.
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik / Terperinci) jika berkaitan.
- Semakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik dari MQA.
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman / kerja / penetapan gaji.
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan / Badan Berkanun / Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).
Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan permohonan boleh dihantar ke alamat seperti berikut:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO. TEL: 082 – 677 200 / 677 000
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Disember 2024,
- Jawatan Kosong UiTM Cawangan Negeri Sembilan Disember 2024,
- Jawatan Kosong PERKESO Disember 2024,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Tenaga 2024,
- Jawatan Kosong Terbuka Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UiTM Cawangan Sarawak yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.