S Pay Global: Aplikasi Penyaluran Bantuan SKAS
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai sebuah aplikasi S Pay Global yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak untuk pelbagai kemudahan transaksi tanpa tunai.
Isi Kandungan
Apa Itu S Pay Global?
S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) ialah platform aplikasi mudah alih Fintech Kerajaan Sarawak yang menyediakan fungsi e-dompet yang mudah dan selamat.
Pengguna boleh membuat pembayaran digital untuk bil dan pembelian di peniaga yang mengambil bahagian.
Pengguna boleh menambah nilai e-dompet melalui perbankan internet dan kad kredit serta menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai.
Fungsi & Kelebihan
S Pay Global membolehkan pengguna untuk:
- Imbas & Bayar menggunakan Kod QR.
- Pisah bil antara pengguna S Pay Global.
- Lakukan pemindahan dana.
- Nikmati baucar diskaun dalam Ganjaran Kesetiaan.
- Membeli dan memperbaharui insurans, membayar pinjaman belajar, memesan makanan, membuat derma, membayar parkir jalanan.
- Langgan, urus dan bayar bil anda.
- Semak sejarah transaksi dengan mudah.
- Lihat penyenaraian pedagang.
- Daftar dan kendalikan Akaun Pedagang Peribadi untuk pengguna premium.
- Pedagang Peribadi boleh menghantar “Pautan Pembayaran” kepada pengguna melalui mana-mana aplikasi sembang untuk mengutip bayaran.
- Tambah Nilai melalui Perbankan Internet atau Kad Kredit / Debit (Visa & Master).
- Top Up & Withdrawal melalui Ejen Bank Simpanan Nasional.
Cara pembayaran tanpa tunai menawarkan faedah berikut kepada pengguna, iaitu:
- Tiada nota palsu.
- Tiada nota kotor.
- Tiada nota covid.
- Jimat masa / perjalanan ke ATM.
- Tidak perlu beratur panjang di bank.
S Pay Global dikendalikan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT), bagi pihak Kerajaan Sarawak.
SNT memegang lesen eWallet daripada Bank Negara Malaysia.
Perkhidmatan ini hanya terdapat di Malaysia buat masa ini. Jika anda mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar, anda boleh teruskan mendaftar dan menggunakan aplikasi ini.
Muat turun & Daftar Sebagai Pengguna S Pay Global Hari Ini!
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar S Pay Global:
Langkah 1 | Muat turun aplikasi S Pay Global pada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. |
Langkah 2 | Pilih “New User Registration”. |
Langkah 3 | Pilih Warganegara anda. |
Langkah 4 | Isikan butir-butir maklumat anda. |
Langkah 5 | Muat naik gambar MyKad anda. |
Langkah 6 | Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman. |
Langkah 7 | Masukkan no. TAC yang dihantar ke no. telefon anda untuk pengesahan. Kemudian, sila log masuk. |
Langkah 8 | Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti. |
Langkah 9 | Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan SPayGlobal! |
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan bantuan kewangan berbentuk baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.
Untuk makluman semua rakyat Negeri Sarawak, semakan status SKAS 2025 kini telah dibuka mulai 1 Januari 2025 dan semua penerima sudah boleh mula mendaftar S Pay Global untuk membuat pembelian barangan keperluan asas yang akan diterima mulai suku tahun pertama 2025.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!