Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Terengganu 2025
Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Terengganu 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Terengganu bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Terengganu 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Terengganu 2025.
Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Dewan Undangan Negeri) yang bertarikh 27 Oktober 2024.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
27 Januari 2025 | Isnin | Hari Israk Dan Mikraj | Negeri |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Negeri |
4 Mac 2025 | Selasa | Hari Ulangtahun Pertabalan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu | Negeri |
18 Mac 2025 | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
26 April 2025 | Sabtu | Hari Keputeraan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu | Negeri |
27 April 2025 | Ahad | Hari Kelepasan Am Negeri | Negeri |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
6 Jun 2025 | Jumaat | Hari Arafah | Negeri |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
8 Jun 2025 | Ahad | Hari Raya Haji Hari Kedua | Persekutuan* |
9 Jun 2025 | Isnin | Hari Kelepasan Am Negeri | Negeri |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman, jika apa-apa hari Kelepasan Am jatuh pada hari Jumaat, maka hari itu tidak diganti pada hari yang berikutnya.
Berikutan Akta Kerja 1955, majikan boleh memilih 11 cuti sahaja untuk diikuti tetapi jika lebih daripada itu tiada masalah.
Daripada 11 cuti tersebut, lima (5) hari daripadanya wajib diikuti, iaitu:
- Hari Kebangsaan.
- Hari Keputeraan YDP Agong.
- Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Hari Pekerja.
- Hari Malaysia.
Baki enam (6) hari cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!