Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam Mulai 6 Januari 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam yang perlu dipatuhi dan telah berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025.

Isi Kandungan

Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam

Peraturan mengenai Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam semasa bertugas dinyatakan dalam peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993] yang antara lain memperuntukkan seseorang Pegawai Awam semasa bertugas hendaklah berpakaian mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa lain.

Berikutan itu, sebanyak enam (6) panduan dalam bentuk Pekeliling Perkhidmatan / Ceraian / Surat Pekeliling Perkhidmatan / Surat Edaran telah dikeluarkan bagi menjelaskan ketetapan ini.

Bagi menambah baik dasar dan peraturan sedia ada serta meningkatkan imej dan profesionalisme Perkhidmatan Awam, satu panduan khusus yang baharu diwujudkan bagi menjelaskan kesesuaian berpakaian dan penampilan Pegawai Awam semasa bertugas.

Penambahbaikan Ceraian ini akan memberi penjelasan yang lebih terperinci berhubung etiket berpakaian, di samping memastikan ia kekal relevan serta selaras dengan perubahan dan keperluan semasa dalam Perkhidmatan Awam. 

Penambahbaikan & Pembatalan Ceraian

Antara penambahan Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam yang dilakukan adalah:

  • Pemakaian tanda nama dengan Jata Persekutuan.
  • Tatacara pakaian terkini beserta ilustrasi.
  • Larangan berpakaian dan penampilan yang terkini.

Pembatalan 5 rujukan iaitu Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling dan Surat Edaran tahun 1985, 2005, 2006, 2013, dan 2023.

Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam Mulai 6 Januari 2025 1
Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam

Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas

Bagi pegawai lelaki, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:

  • Bagi Pegawai Gred 5 dan ke atas atau gred setara:
Jenis Pakaian RasmiTatacara Pemakaian
Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.– Lengan baju tidak dilipat serta baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tucked in).
– Baju kemeja polos atau corak tidak ketara.
– Baju dan seluar hendaklah sepadan.
Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.– Lengan baju tidak dilipat.
Sut Nehru.– Hendaklah sedondon.
Lounge suit.– Dipakai semasa majlis rasmi.
– Seluar dan jaket hendaklah sedondon.
Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam
  • Bagi Pegawai Gred 4 dan ke bawah atau gred setara:
Jenis Pakaian RasmiTatacara Pemakaian
Baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dengan seluar panjang dan bertali pinggang.– Lengan baju tidak dilipat serta baju kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar (tucked in).
– Baju dan seluar hendaklah sepadan.
Baju kemeja berlengan panjang, berkolar Baju Melayu Cekak Musang atau berkolar Nehru atau berkolar Mandarin dengan seluar panjang dan bertali pinggang.– Lengan baju tidak dilipat.
Sut Nehru.– Hendaklah sedondon.
Lounge suit.– Dipakai semasa majlis rasmi.
– Seluar dan jaket hendaklah sedondon.
Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam

Seterusnya bagi tatacara pemakaian Baju Kemeja Batik Malaysia dan Baju Kebangsaan adalah seperti berikut:

Jenis Pakaian RasmiTatacara Pemakaian
Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang. Kolar alternatif baju kemeja batik:
1. Berkolar cekak musang;
2. Berkolar Nehru; atau
3. Berkolar Mandarin.
– Diwajibkan dipakai pada setiap hari Khamis kecuali jika terdapat urusan / keperluan yang membolehkan pakaian lain digunakan.
– Digalakkan dipakai pada hari bekerja yang lain.
– Hanya batik Malaysia yang dibenarkan.
– Seluar batik atau kemeja batik berlengan pendek adalah tidak dibenarkan.
– Hendaklah dipakai dengan seluar yang sepadan.
– Lengan baju tidak dilipat serta kemeja hendaklah dilepaskan (tidak tucked in).
Baju Kebangsaan lengkap dengan samping dan bersongkok hitam.– Digalakkan dipakai pada setiap hari Jumaat.
– Baju dan seluar hendaklah sedondon.
Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam

Semua pegawai lelaki hendaklah memakai kasut bertutup, stoking dan tali pinggang berwarna gelap.

Contoh bergambar pakaian pegawai lelaki ketika menjalankan tugas adalah seperti di Bahagian A Lampiran UP.7.2.3(A).

Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas

Bagi pegawai wanita pula, tatacara berpakaian semasa bertugas adalah seperti berikut:

Jenis Pakaian RasmiTatacara Pemakaian
Pakaian Kebangsaan (baju kurung tradisional / baju kurung moden / baju kebaya).– Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat.
– Tidak mencolok mata.
Pakaian Batik (Baju kurung tradisional / kurung moden / kebaya, atau Blaus batik dipadankan dengan skirt labuh / seluar polos, atau Blaus polos dipadankan dengan skirt labuh Batik)– Diwajibkan dipakai pada setiap hari Khamis kecuali jika terdapat urusan / keperluan yang membolehkan pakaian lain digunakan.
– Digalakkan dipakai pada hari bekerja yang lain.
– Hanya Batik Malaysia yang dibenarkan.
– Baju dan kain hendaklah sepadan.
– Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat.
– Tidak mencolok mata.
Pakaian lain iaitu:
1. Ceongsam;
2. Sari;
3. Baju Punjabi;
4. Pakaian tradisional kaum-kaum yang lain di Malaysia; atau
5. Pakaian jubah adalah dibenarkan untuk majlis tertentu sahaja dengan kebenaran Ketua Jabatan.
– Berlengan panjang atau pendek.
– Belahan Ceongsam bermula dari paras lutut ke bawah.
– Sari hendaklah menutupi bahagian perut dan belakang badan.
– Had labuh kain di bawah paras lutut.
– Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat.
– Tidak mencolok mata.
Blaus yang digayakan dengan kain / skirt labuh atau seluar panjang.– Blaus berlengan panjang.
– Tidak jarang, tidak nipis atau tidak ketat.
– Kain / skirt labuh yang terbelah tidak dibenarkan.
– Blaus dan kain / seluar panjang hendaklah sepadan.
– Kemas, sopan dan bersesuaian.
Sut dua helai (Two-piece suit).– Jaket dipadankan dengan skirt labuh / skirt di bawah paras lutut / seluar panjang.
– Skirt / seluar dan jaket hendaklah sedondon.
Sut tiga helai (Three-piece suit).– Jaket yang dipakai dengan kemeja lengan panjang dan dipadankan dengan skirt labuh / skirt di bawah paras lutut / seluar panjang.
– Skirt / seluar dan jaket hendaklah sepadan.
Pakaian yang bersesuaian dan sopan bagi pegawai hamil.– Tidak jarang, tidak nipis dan tidak ketat.
– Kain / skirt labuh yang terbelah tidak dibenarkan.
Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam

Contoh bergambar pakaian pegawai wanita ketika menjalankan tugas adalah seperti di Bahagian B Lampiran UP.7.2.3(A).

Pemakaian Tanda Nama

Setiap Pegawai Awam hendaklah sentiasa memakai tanda nama ketika bertugas mulai 6 Januari 2025.

Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5 cm x 2.5 cm berserta Jata Persekutuan.

Tanda nama hendaklah disematkan di pakaian di bahagian dada sebelah kiri (kecuali bagi pasukan beruniform tertentu) dan tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan Etiket Pakaian Dan Penampilan Pegawai Awam, sila rujuk Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More