Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong PTPK 2025
Jawatan Kosong PTPK 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong PTPK 2025
Maklumat Jawatan Kosong PTPK 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jumlah Kekosongan | Lokasi Penempatan | Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|---|
Pegawai Syariah | Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) | 1 | Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) | RM 6,680.00 | 2 Februari 2025 |
Pegawai Transformasi Digital | Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) | 13 | Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) | RM 3,480.00 | 2 Februari 2025 |
Pegawai Khidmat Pelanggan | Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service) | 4 | Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) | RM 2,265.00 | 2 Februari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Syariah
Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam pengurusan pinjaman kewangan Islam.
- Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam memberi nasihat perundangan syariah terutamanya isu-isu semasa yang melibatkan pinjaman kewangan Islam.
- Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam menguruskan dana khas Kerajaan yang melibatkan pinjaman kewangan Islam.
- Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang.
- Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
Jawatan Pegawai Transformasi Digital
Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan (Perisian dan Pengaturcaraan Sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun sebagai Full Stack Developer dalam mengendalikan bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana-mana yang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurang dua (2) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma / InVision / XD atau mana-mana perisian yang berkaitan.
- Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh penguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik.
- Mempunyai kemahiran sekurang-kurang dua (2) tahun di dalam mengendalikan pembangunan mobile application samada Android / iOS Developer melalui penggunaan perisian Android Studio, Ionic.
- Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang.
- Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan
Calon lantikan Jawatan Kosong PTPK 2025 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Mempunyai pengalaman bekerja dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam perkhidmatan pelanggan, petugas barisan hadapan dan operator telefon.
- Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Bebas daripada rekod jenayah atau tindakan undang-undang.
- Bebas daripada disenaraikan hitam oleh institusi kewangan atau sebagai peminjam pendidikan tegar daripada institusi pinjaman pendidikan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan mengikut jawatan yang ingin dipohon pada pautan berikut:
- BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI SYARIAH
- BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI TRANSFORMASI DIGITAL
- BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (KELAYAKAN SPM)
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025,
- Jawatan Kosong Selangor Technical Skills Development Center (STDC) 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Kemahiran MARA (IKM) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PTPK 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.