Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan sempena Tahun Baru Cina 2025 yang telah diumumkan untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Makluman Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat (4) hari sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025 ini.

Kementerian Pengangkutan (MoT) memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan

  • pada 27 Januari 2025 dan 28 Januari 2025 (sebelum perayaan), serta
  • pada 1 Februari 2025 dan 2 Februari 2025 (selepas perayaan),

mengambil kira peningkatan trafik ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang akan bergerak pulang ke kampung halaman.

MoT berkata tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

“Selain itu, Perintah Penurunan Had Laju Kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama larangan pemanduan ini bermula 28 Januari 2025 hingga 2 Februari 2025 depan sepanjang pelaksanaan Op Selamat PDRM,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sentiasa meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan dengan strategi secara menyeluruh melalui Operasi Khas Tahun Baru Cina 2025 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya – “Pandu Cermat, Sampai Selamat” bermula 20 Januari 2025 hingga 9 Februari 2025.

Kenyataan mengenai Operasi Khas Dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2025 ini telah rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada Isnin, 21 Januari 2025.

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 1
Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025 2

Jadual Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan sempena Tahun Baru Cina 2025 ini akan berkuatkuasa mengikut jadual seperti berikut:

KategoriKenderaan Yang TerlibatLarangan Pergerakan
1– Lori pengangkut kenderaan (car carrier) dan lori jongket (tipper / dumper / tipping) yang berat dengan muatannya melebihi 7,500 kg dan mempunyai Lesen Pengendali, lori pengangkut rendah, pole trailer, lori tangki simen (bulk cement tanker), platform trailer, lori balak, jentera berat beroda dan traktor.
– Lori pengangkut barangan simen, besi keluli, batu, pasir, tanah, bahan binaan yang lain, amang, biji timah, arang batu dan bahan galian yang lain.
Sepanjang masa.
2– Semua lori kontena yang mengangkut barang (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri yang sama dan sebaliknya);
– Lori mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri (barangan berasaskan kimia, sawit dan getah) dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri dan sebaliknya);
– Lori mengangkut barangan pengeluaran hasil sawit dan getah dari ladang ke kawasan industri;
– Lori tanpa muatan.
12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi.
3– Kren bergerak dan lori pembancuh simen.6.00 petang hingga 6.00 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

Jentera berat beroda dan kren bergerak adalah diberi pengecualian untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

Selain itu, mana-mana kenderaan barangan atau dengan jenis barangan yang tidak dinyatakan dalam jadual di atas adalah dibenarkan untuk menggunakan kenderaan dalam tempoh Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More