Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BUDI Madani 2025: Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200/Sebulan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tarikh bayaran bantuan BUDI Madani bagi tahun 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Program Bantuan Subsidi Madani

BUDI Madani ialah wadah Kerajaan Madani memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.

Kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI Madani diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan.

Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Terdapat 3 kategori penerima bagi Program Bantuan Subsidi Madani ini, iaitu:

  • BUDI Individu,
  • BUDI Agri-Komoditi, dan
  • MySubsidi Diesel.

Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel.

BUDI Madani 2025: Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200/Sebulan 1
BUDI Madani 2025: Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200/Sebulan 2

Jadual Pembayaran Bantuan BUDI Madani 2025

Bagi yang telah diluluskan, pembayaran bagi tahun 2025 akan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Tarikh pembayaran bantuan tunai RM200 BUDI Madani bagi tahun 2025 adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh Permohonan BUDI MadaniTarikh Bayaran
1 Januari 2025 – 31 Januari 20257 Februari 2025 (Jumaat)
1 Februari 2025 – 28 Februari 20257 Mac 2025 (Jumaat)
1 Mac 2025 – 31 Mac 202511 April 2025 (Jumaat)
1 April 2025 – 30 April 20259 Mei 2025 (Jumaat)
1 Mei 2025 – 31 Mei 20256 Jun 2025 (Jumaat)
1 Jun 2025 – 30 Jun 20257 Julai 2025 (Jumaat)
1 Julai 2025 – 31 Julai 20258 Ogos 2025 (Jumaat)
1 Ogos 2025 – 31 Ogos 20258 September 2025 (Isnin)
1 September 2025 – 30 September 20258 Oktober 2025 (Rabu)
1 Oktober 2025 – 31 Oktober 20257 November 2025 (Jumaat)
1 November 2025 – 30 November 20255 Disember 2025 (Jumaat)
1 Disember 2025 – 31 Disember 20259 Januari 2026 (Jumaat)
BUDI Madani 2025: Tarikh Bayaran Subsidi Diesel RM200/Sebulan 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan bantuan BUDI Madani 2025, anda boleh rujuk portal BUDI – Program Bantuan Subsidi Madani dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More