Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Negeri Sembilan 2025
Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Negeri Sembilan 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat Negeri Sembilan bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Negeri Sembilan 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Negeri Sembilan 2025.
Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang rasmi.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
1 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru | Negeri |
14 Januari 2025 | Selasa | Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri |
27 Januari 2025 | Isnin | Israk Dan Mikraj | Negeri |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Persekutuan |
11 Februari 2025 | Selasa | Hari Thaipusam | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman,
- Jika Hari Kelepasan Am tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am dan jika hari berikutnya pula adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya juga hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am (Akta Hari Kelepasan Am 1951).
- Jika suatu Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari tersebut tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
Berikutan Akta Kerja 1955, majikan boleh memilih 11 cuti sahaja untuk diikuti tetapi jika lebih daripada itu tiada masalah.
Daripada 11 cuti tersebut, lima (5) hari daripadanya wajib diikuti, iaitu:
- Hari Kebangsaan.
- Hari Keputeraan YDP Agong.
- Hari Keputeraan Raja-Raja / YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Hari Pekerja.
- Hari Malaysia.
Baki enam (6) hari cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!