Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2025
Semakan Tawaran PKSK bagi sesi 2025/2026 kini boleh mula disemak oleh semua yang telah membuat permohonan.
Isi Kandungan
Makluman Semakan Tawaran PKSK Sesi 2025/2026
Pada 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024, Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi sesi 2025/2026 telah dibuka.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Justeru, kini Semakan Tawaran PKSK bagi sesi 2025/2026 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan boleh mula disemak pada 31 Januari 2025 (Jumaat).
Tarikh Penting PKSK Sesi 2025/2026
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
Perkara | Tarikh |
---|---|
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) | 1 Ogos 2024 – 8 September 2024 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 (PKSKT4) | 13 September 2024 – 3 Oktober 2024 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 (PKSKT1) | 13 September 2024 – 17 Oktober 2024 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 | 23 September 2024 – 3 Oktober 2024 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 | 7 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024 |
Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 | 31 Januari 2025 |
Pendaftaran Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 | 18 Februari 2025 |
Tarikh & Cara Semakan
Semakan Tawaran PKSK 2025 boleh dibuat mulai 31 Januari 2025 pada pautan-pautan semakan keputusan tawaran yang telah disediakan mengikut ketetapan berikut:
Semakan Tawaran PKSK 2025 | Pautan Semakan Tawaran PKSK |
---|---|
Tingkatan 1 | https://spskt1.moe.gov.my/ |
Tingkatan 4 | https://spskt4.moe.gov.my/ |
Tarikh Pendaftaran & Rayuan
Untuk makluman, pendaftaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 adalah pada sekitar bulan Mac 2025 bagi ambilan pertama.
Manakala, bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Semakan Tawaran PKSK dan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!