Pengambilan Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025
Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025
Maklumat Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA5 |
Taraf Jawatan | Kontrak (Tabung Amanah iCEPS) |
Tempoh Lantikan | 1 Tahun (Penyambungan Kontrak Berdasarkan Prestasi) |
Lokasi Penempatan | Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA Shah Alam |
Jadual Gaji | RM 1,650.00 – RM 1,974.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 18 Februari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,650.00); atau
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,812.00); atau
- Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA5: RM1,974.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA dan salinan sijil-sijil yang disyaratkan kepada alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 18 Februari 2025 (Selasa), iaitu:
PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM – MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil seperti berikut yang DISAHKAN benar, iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah / SPM / SPMV / MCE / Diploma / Ijazah Sarjana Muda atau setaraf.
- Surat Pengesahan Tempoh Pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.
- Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang berkenaan.
Pemohon hendaklah menyatakan Jawatan dan Cawangan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.
Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong ANGKASA 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) 2025,
- Jawatan Kosong USAS 2025,
- Jawatan Kosong PKPS 2025,
- Jawatan Kosong PPUM 2025,
- Jawatan Kosong Institut Kemahiran MARA (IKM) 2025,
- Jawatan Kosong TESDEC 2025,
- Pengambilan SPP 2025,
- Jawatan Kosong FAMA 2025,
- Jawatan Kosong PERDA 2025,
- Jawatan Kosong UTM 2025,
- Jawatan Kosong Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.