Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 Bawah SLTPPM
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tajaan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM).
Isi Kandungan
Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025
Bahagian Matrikulasi KPM telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 di bawah SLTPPM.
Permohonan bagi Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 kini dibuka bermula 10 Februari 2025 sehingga 19 Februari 2025.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah
- Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
- Perakaunan.
- Bahasa Inggeris.
Bagi pengajian bidang STEM dan Perakaunan, pelajar akan ditempatkan di Luar Negara sama ada Australia atau New Zealand.
Manakala, bidang Bahasa Inggeris Luar Negara akan ditempatkan di United Kingdom dan bagi bidang Bahasa Inggeris Dalam Negara akan ditempatkan di Universiti Malaya / Universiti Awam (UA) yang ditetapkan oleh KPM.
Pemilihan Calon
Calon akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Calon memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
- Diperaku Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan pengiraan merit yang akan mengambil kira markah akademik, temu duga dan kokurikulum calon.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut merupakan syarat-syarat am bagi permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025, iaitu
- Terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
- Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
- Mencapai skor minimum lapan (8) dalam penilaian kokurikulum.
- Tiada rekod disiplin.
- Sihat tubuh badan.
Berikut pula adalah syarat-syarat khas mengikut bidang yang telah ditetapkan, iaitu
Bidang STEM / Perakaunan Ke Luar Negara | 1. Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester. 2. Minimum gred A- keputusan PSPM dalam bidang yang dimohon dan minimum gred B keputusan SPM dalam bidang yang dimohon (Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Sains Komputer / Perakaunan). 3. Mendapat keputusan minimum gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan minimum gred B2 bagi Common European Framework of Reference (CEFR) peringkat SPM. |
Bidang Bahasa Inggeris Ke Luar Negara Dalam Negara | 1. Minimum PNG 3.5 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester. 2. Minimum gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan minimum gred B2 bagi Common European Framework of Reference (CEFR) peringkat SPM. |
Bidang Bahasa Inggeris Dalam Negara | 1. Minimum PNG 3.0 dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I Program Dua Semester atau Semester III Program Empat Semester. 2. Minimum gred A bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan minimum gred B2 bagi Common European Framework of Reference (CEFR) peringkat SPM. 3. Calon perlu memohon program Ijazah Pendidikan TESL di UM / UKM melalui UPUOnline dalam senarai pilihan utama (pilihan 1 dan 2 sahaja). 4. Calon perlu lulus ujian MEdSI dan temu duga serta memenuhi syarat lain yang ditetapkan UM / UA berkenaan. |
Cara Membuat Permohonan
Pelajar yang berminat untuk memohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 ini boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui sistem PPC pada pautan berikut:
>>>Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025<<<
Taklimat permohonan PPC Matrikulasi akan diadakan pada 14 Februari 2025 (Jumaat) bermula jam 3.00 petang melalui saluran Youtube Jommasukmatriks.
Calon boleh menyemak status panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) sebelum 21 Februari 2025 di http://apps.matrik.edu.my/sltppm. Ujian e-UKCG akan dilaksanakan secara dalam talian pada 24 Februari 2025 melalui capaian https://ukcg.moe.gov.my.
Semua calon yang telah menduduki e-UKCG dikehendaki menjalani UKF di Kolej masing-masing pada 27 Februari 2025 (kecuali KMS pada 28 Februari 2025).
Sesi temu duga akan dilaksanakan di pusat yang akan ditetapkan oleh KPM pada 10 Mac 2025 hingga 14 Mac 2025 bagi pelajar yang melepasi saringan e-UKCG dan UKF.
Calon perlu menghantar salinan dokumen peribadi seperti dalam Senarai Semak Dokumen sebelum 10 Mac 2025 melalui https://bit.ly/DokumenIV2025.
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2025 ini, anda boleh rujuk Soalan Lazim PPC Matrikulasi atau terus hubungi talian 03 – 8884 4039 / 03 – 8884 4031 / 03 – 8312 6768.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!