Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LGM 2025 Tetap & CoS
![Jawatan Kosong LGM 2025](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2025/02/Jawatan-Kosong-LGM-2025-750x430.jpg)
Jawatan Kosong LGM 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong LGM 2025
Maklumat Jawatan Kosong LGM 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Lokasi Penempatan | Keperluan Bidang / Skop Tugas | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|---|
Penolong Jurutera Gred JA5 | Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Kuala Lumpur / Selangor | – Kejuruteraan Awam – Kejuruteraan Elektrikal – Kejuruteraan Mekanikal – Kejuruteraan Mekatronik | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 18 Februari 2025 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5 | Tetap / Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Kuala Lumpur | – Pengurusan Sumber Manusia – Pengauditan | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Kemahiran Gred H1 | Tetap | Kuala Lumpur / Selangor | – Kemahiran | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Khidmat Am Gred H1 | Tetap / Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Johor / Kedah / Kuala Lumpur / Pahang / Perak / Selangor | – Pemanduan Kenderaan – Pengendalian Dandang – Penorehan Pokok Getah – Penyenggaran Lanskap dan Nurseri – Tugas-tugas Am | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Keselamatan Gred KP1 | Tetap | Kuala Lumpur / Selangor | – Keselamatan | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 | Tetap / Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Kuala Lumpur / Selangor | – Kesetiausahaan | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 | Tetap / Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Kuala Lumpur | – Perkeranian dan Operasi | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Penyelidik Gred Q1 | Tetap / Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Selangor | – Penyelidikan dan Pembangunan | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 | Kontrak Tidak Berwaran (Contract of Service) | Kuala Lumpur | – Pengauditan | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 18 Februari 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong LGM 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia (LGM).
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut Jawatan Kosong LGM 2025 yang lebih terperinci boleh didapati pada IKLAN PENUH PERMOHONAN.
Cara Permohonan
Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui pautan pada setiap maklumat jawatan di LAMPIRAN A pada IKLAN PENUH PERMOHONAN sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 18 Februari 2025 (Selasa).
Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum sebarang mengemukakan permohonan.
Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.
Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini semasa permohonan dibuat.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Walau bagaimanapun, Pengurusan Tertinggi LGM berhak untuk mengecualikan mana-mana syarat lantikan yang telah ditetapkan.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
![Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LGM 2025 Tetap & CoS 1 Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong LGM 2025 Tetap & CoS 1](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2025/02/Jawatan-Kosong-LGM-2025.png)
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong PERDA 2025,
- Jawatan Kosong KKM 2025,
- Jawatan Kosong UTM 2025,
- Jawatan Kosong iCEPS UiTM 2025,
- Jawatan Kosong Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong LGM 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.