Daun Sukun Kering Membantu Merawat Pelbagai Jenis Penyakit Kronik
Sukun atau nama saintifiknya Artocarpus altilis adalah sejenis buah yang selalunya akan dimasak dengan menggunakan pelbagai jenis hidangan sama ada digoreng atau direbus. Buah sukun memiliki rasa yang manis, memiliki tekstur buah yang lembut dan mengenyangkan apabila dimakan.
Selain buah, telah terbukti daun sukun yang dikeringkan juga boleh dimanfaatkan dan mempunyai khasiatnya tersendiri.
Isi Kandungan
Manfaat Daun Sukun Kering
Daun sukun memiliki bentuk yang lebar dengan beberapa garis-garis ruas yang terlihat sangat jelas. Daunnya memiliki warna hijau tua dan hijau muda. Namun untuk tujuan perubatan, daun ini perlu dikeringkan terlebih dahulu.
Daun yang kering mempunyai zat anti oksidan yang tinggi, anti inflamasi, riboflavin, asid hidrosianat, asetikolan, tanin dan juga beberapa jenis mineral lain.
Dengan kandungan tersebut sememangnya terbukti daun sukun kering efektif untuk mengatasi beberapa jenis penyakit.
Berikut adalah beberapa manfaat dari daun sukun kering :-
1. Menurunkan Kolesterol
Daun sukun terbukti boleh digunakan sebagai ubat untuk menurunkan kolesterol. Kolesterol akan keluar dari bahagian darah dan diproses menjadi sisa-sisa yang akan keluar melalui air kencing atau najis.
2. Mencegah Pembentukan Sel Kanser
Air rebusan daun yang kering dikatakan boleh menjadi rawatan alternatif sebagai pengganti kemoterapi. Manfaat antioksidan pada daun kering sangat tinggi dan mampu mencegah pembentukan sel kanser.
3. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Terapi air dari daun sukun kering dikatakan mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Apabila diamalkan tekanan darah dan aliran darah pada pembuluh darah menjadi lebih baik dan kesan dalam jangka masa lama boleh membuat jantung menjadi lebih sihat.
4. Membantu Mengubati Penyakit Buah Pinggang
Pesakit yang mengalami sakit buah pinggang harus mencuci darah secara rutin. Rawatan ini akan mendatangkan kesan pada tubuh sehingga pesakit sering mengelak untuk melakukannya.
Daun sukun kering memiliki sebatian khusus yang boleh mendorong efek diuretik. Dikatakan pesakit boleh mengamalkannya selama beberapa bulan hingga benar-benar mampu sembuh.
5. Gout
Asid urik boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah dan lebih teruk boleh menyebabkan penderita mengalami radang sendi dan kelumpuhan. Penyakit ini disebabkan kerana tingginya kadar asid dalam pembuluh darah.
Pengambilan air dari daun sukun yang sudah dikeringkan secara efektif mampu menurunkan asid urik secara berkala. Ia juga memiliki kesan anti keradangan sehingga sangat baik untuk menurunkan risiko radang pada sendi.
Dalam rawatan menggunakan air daun sukun kering sangat disarankan untuk menghindari makanan yang boleh menyebabkan tingginya kadar asid urik.
6. Membantu Mengubati Penyakit Hati
Terapi minum air rebusan daun sukun kering boleh bermanfaat untuk mengatasi keradangan atau pembengkakan hati.
Beberapa jenis sebatian seperti asetilkolin sangat baik untuk melawan keradangan. Dicadangkan pesakit menghindari rokok dan alkohol selama tempoh melakukan terapi ini.
7. Anti Pendarahan
Pada zaman dahulu, air rebusan daun sukun kering dijadikan ubat anti pendarahan bagi mengubati pendarahan ibu yang baru saja melahirkan.
Sebatiannya membantu melancarkan sistem pembuluh darah dan menghentikan pendarahan. Ibu yang mengalami pendarahan digalakkan minum tiga kali sehari bagi menghentikan pendarahan dan membantu memulihkan kesihatan.
8. Mengubati Penyakit Pembesaran Limpa
Pembesaran limpa disebabkan oleh kerosakkan sistem limpa. Antara punca utamanya adalah kerana tubuh terlalu banyak menampung racun daripada pemakanan kita seharian dan mengakibatkan limpa tidak boleh berfungsi dengan baik.
Air rebusan daun sukun kering efektif dalam menyembuhkan penyakit ini. Ia berfungsi sebagai anti racun dan boleh membantu proses detoksifikasi atau proses mengeluarkan racun dalam tubuh.
9. Mengubati Sakit Gigi
Daun sukun kering berfungsi sebagai anti racun yang akan membunuh semua kuman dan bakteria pada lubang gigi. Berkumur dengan air rebusan daun sukun kering akan memberikan kesan menenangkan untuk rasa sakit dan membuatkan sakit gigi tidak sering berulang.
10. Mengubati Alergik
Alergik disebabkan kerana tubuh tidak boleh membentuk hormon dan enzim yang membina sistem anti alergi untuk tubuh. Alergik sering menyebabkan tubuh mengalami gatal-gatal dari kegatalan biasa hingga parah.
Pengambilan daun sukun kering sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah alergi.
Tips Membuat Air Rebusan Daun Sukun Kering
- Pilih beberapa helai daun yang sudah tua iaitu daun yang keras, garis-garis yang jelas dan berwarna hijau tua kebiruan. TIPS : Pastikan anda memilih daun segar yang masih tumbuh pada batang atau dahan. Jangan menggunakan daun yang kering yang sudah jatuh ke tanah atau rosak.
- Bersihkan daun yang baru dipetik dengan air mengalir, jika kotor maka bersihkan dengan berus. Pilih jenis daun yang tidak terkoyak atau berkerak.
- Hiris halus daun yang masih basah.
- Jemur di bawah sinar matahari sehingga kering.
- Rebus daun yang sudah kering dan bila air telah tinggal setengah, perlu tambah air lagi hingga benar-benar berwarna coklat dan kental.
- Tapis air rebusan daun kering itu.
- Tambahkan madu atau gula batu untuk menghilangkan rasa pahit.
Menarik untuk anda baca: 7 khasiat peria katak