Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Tahun 2025

Berikut dikongsikan mengenai semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi tahun 2025 yang kini boleh mula disemak.
Isi Kandungan
Apa Itu Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah?
Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu (1) tahun sehingga 31 Disember 2025.
Tujuan bantuan ini adalah untuk:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional.
- Sebagai tanda prihatin dan kasih Kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang layak untuk menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, iaitu:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang kad pengenalan (Status H).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun.
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin atau miskin tegar dalam data eKasih setakat 31 Disember 2024.
Semakan Kelayakan Penerima Bantuan
Semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah bagi tahun 2025 kini sudah boleh dibuat bermula dari 8 Februari 2025 (Sabtu) melalui pautan berikut:
>>>Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025<<<
Sila masukkan maklumat yang diperlukan untuk menyemak status permohonan anda.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM300 sebulan.
Amaun bantuan yang akan diterima adalah secara berfasa. Amaun bantuan bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
Fasa | Amaun Bantuan | Agihan Bermula |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | RM 900.00 | Februari |
Fasa 2 (April – Jun) | RM 900.00 | April |
Fasa 3 (Julai – September) | RM 900.00 | Ogos |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | RM 900.00 | Oktober |
Bagi penerima dari senarai tercicir (Bukan eKasih) dan disahkan lulus, pembayaran akan bermula pada Fasa 2 (Mei 2025).
Penerima akan menerima bayaran pada Fasa 2 sebanyak RM900 diikuti dengan bayaran RM900 bagi Fasa 3 dan RM900 bagi Fasa 4. Ini bermaksud tiada tunggakan agihan dibuat untuk Fasa 1.
Cara Pengagihan Bantuan
Fasa pengagihan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 adalah seperti berikut:
Fasa | Kategori | Tarikh Pengagihan |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Mempunyai akaun bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Bermula 19 Februari 2025 |
Fasa 1 (Januari – Mac) | Tiada akaun bank (Pembayaran secara tunai) | Februari – Mac 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | Mempunyai akaun bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | April 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | Tiada akaun bank (Pembayaran secara tunai) | April – Mei 2025 |
Fasa 2 (April – Jun) | Senarai Bukan eKasih** | Mei 2025 (Secara Berperingkat) |
Fasa 3 (Julai – September) | Mempunyai akaun bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Ogos 2025 |
Fasa 3 (Julai – September) | Tiada akaun bank (Pembayaran secara tunai) | Ogos – September 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Mempunyai akaun bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Oktober 2025 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Tiada akaun bank (Pembayaran secara tunai) | November – Disember 2025 |
Kaedah Pembayaran Bantuan
Kaedah pembayaran bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti yang berikut:
- Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
- Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
- Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.
Notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah [Talian Telefon: 088 338 338 / Talian Whatsapp: 010 – 5828207]; atau
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah; atau
- MySMJ Profiler Daerah di Pejabat Daerah.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!