Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Panduan Teknik ‘Heimlich Maneuver’ Ketika Kecemasan Tercekik

Berikut kami ingin kongsikan sedikit info penting mengenai cara melakukan teknik ‘Heimlich Maneuver’ dalam kecemasan tercekik.

Isi Kandungan

Apa Itu Tercekik?

Tercekik berlaku apabila objek tersangkut di kerongkong atau saluran angin menghalang aliran udara.

Tercekik boleh mengancam nyawa kerana ia boleh memotong oksigen ke otak.

Tercekik boleh berlaku tidak kira pada orang dewasa mahupun pada kanak-kanak, tetapi ia banyak berlaku pada kanak-kanak dan bayi.

Berikut adalah tanda-tanda tercekik, iaitu:

  • Satu atau kedua-dua tangan dicekap ke kerongkong.
  • Pandangan panik, terkejut atau keliru.
  • Ketidakupayaan untuk bercakap.
  • Pernafasan tegang atau bising.
  • Bunyi berdecit apabila cuba bernafas.
  • Batuk, yang mungkin lemah atau kuat.
  • Kulit, bibir dan kuku yang berubah warna menjadi biru atau kelabu.
  • Hilang kesedaran.

Beri pertolongan cemas secepat mungkin jika anda atau orang disekeliling tercekik.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menilai tahap keterukan keadaan mangsa sambil kekal tenang. Jika mangsa masih boleh batuk atau bercakap, galakkan mereka untuk terus batuk dengan kuat kerana ini adalah mekanisme semulajadi badan untuk mengeluarkan objek tersangkut.

Sekiranya batuk tidak berkesan, teknik tepukan belakang boleh digunakan. Berdiri di belakang mangsa, condongkan badan mangsa ke hadapan sedikit dan tepuk bahagian belakang dengan kuat menggunakan tapak tangan sebanyak 5 kali.

Jika tidak berjaya juga, lakukanlah teknik ‘Heimlich Maneuver’.

Untuk menyediakan diri anda melalui situasi ini, pelajari teknik ‘Heimlich Maneuver’ dan CPR dalam kursus latihan pertolongan cemas yang diperakui.

Teknik ‘Heimlich Maneuver’

Teknik ‘Heimlich Maneuver’ adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengatasi masalah tercekik, terutamanya bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari setahun.

Berikut adalah langkah-langkah menggunakan teknik ‘Heimlich Maneuver’ apabila terjadi kes tercekik yang telah disarankan oleh Public Health Malaysia, iaitu:

Langkah 1Condongkan badan mangsa sedikit ke hadapan dan berdiri di belakangnya.
Langkah 2Genggam satu tangan menjadi penumbuk.
Langkah 3Letakkan tangan anda di sekeliling pinggang mangsa dan genggam penumbuk anda dengan tangan yang satu lagi, di atas bahagian atas perut.
Langkah 4Lakukan hentakan kuat, cepat ke dalam dan ke atas untuk membantu mengeluarkan objek yang tersekat di saluran pernafasan.
Panduan Teknik 'Heimlich Maneuver' Ketika Kecemasan Tercekik 1

Seperti yang kita tahu, banyak kejadian tercekik dilaporkan setiap hari sejak kebelakangan ini.

Ini adalah peringatan nyata bahawa kita tidak boleh berdiam diri dan perlu mempelajari teknik untuk menanganinya jika ia berlaku pada orang disekeliling kita.

Selain untuk orang dewasa dan kanak-kanak, pengetahuan teknik ‘Heimlich Maneuver’ untuk bayi juga adalah keutamaan.

Berikut pula adalah langkah-langkah menggunakan teknik ‘Heimlich Maneuver’ apabila terjadi kes tercekik untuk bayi, iaitu:

Langkah 1Pegang bayi dengan satu tangan. Kedudukan kepala ke bawah dan lebih rendah dari badan.
Langkah 2Tepuk 5 kali di antara tulang belikat dengan menggunakan satu tangan.
Langkah 3Pusing bayi dan kekal pegang dengan satu tangan. Dengan menggunakan dua atau tiga jari, tekan tengah dada sebanyak 5 kali.
Langkah 4Ulang semula sehingga objek tersekat itu keluar.

Jika bayi pengsan atau objek itu masih tidak keluar, telefon 999 dan lakukan CPR dengan kadar yang segera.

Panduan Teknik 'Heimlich Maneuver' Ketika Kecemasan Tercekik 2

Satu tindakan tepat dalam sekelip mata boleh mengubah nasib dan menyelamatkan nyawa si kecil anda.

Jadi, jangan tunggu sehingga tragedi berlaku baru anda ingin mempelajari dan mengamalkan ilmu ini demi keselamatan mereka.

Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Tercekik

Tercekik boleh berlaku tanpa amaran, sama ada semasa makan atau pada kanak-kanak yang tertelan objek kecil.

Justeru, jangan lakukan perkara berikut jika anak atau orang disekeliling anda mengalami tercekik, iaitu:

  • Jangan tepuk belakang mangsa jika mereka masih boleh batuk. Ini boleh menyebabkan objek tersebut lebih masuk ke dalam.
  • Jangan memberi air atau makanan untuk menelan benda yang tersangkut.
  • Jangan biarkan tanpa tindakan! Jika mangsa tidak boleh bercakap atau batuk, bertindaklah segera!

Jika anda sendiri yang mengalami tercekik dan tiada orang yang boleh membantu anda, anda boleh tumbuk perut anda sendiri dengan teknik yang sama atau tolak perut ke atas tepi meja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Artikel Berkaitan: Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More