Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2025

Berikut adalah info penting mengenai Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2025 untuk pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Isi Kandungan
Mengenai Penajaan Program Dermasiswa B40 2025
Program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Dermasiswa dan berfokus kepada para pelajar lepasan SPM Tahun 2024 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang ingin melanjutkan pengajian Diploma di dalam negara.
Pengajian yang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025 adalah pengajian di peringkat
- Diploma;
- Diploma bidang Pendidikan; dan
- Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
di dalam negara iaitu Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Bidang pengajian yang ditaja meliputi bidang pengajian seperti berikut sahaja, iaitu:
Institusi Pengajian | Kursus / Bidang |
---|---|
Universiti Awam (UA) / Politeknik | – Kejuruteraan & Teknikal / Teknologi – Sains – Sains Sosial / Sastera – Seni Bina |
Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) | – ILKA yang menawarkan pengajian peringkat Diploma dalam bidang TVET sahaja |
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum Program Dermasiswa B40 2025 yang telah ditetapkan oleh JPA seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon disyaratkan bebas daripada sebarang penyakit kronik / penyakit berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya untuk mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Pemohon telah menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM yang diduduki.
- Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM 5,249.00 sebulan dan ke bawah.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon dipelawa membuat permohonan Program Dermasiswa B40 2025 bagi pengajian peringkat Diploma atau Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui saluran-saluran berikut:
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau Saluran Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET).
UPUOnline (Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi) | UP_TVET (Kementerian Sumber Manusia) | |
---|---|---|
Syarat Khusus JPA | 1. Menduduki SPM 2024 buat kali pertama. 2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana tiga subjek lain. 3. Berjaya mendapat tawaran UPUOnline dan mendaftar di Universiti Awam (UA) / Politeknik yang ditawarkan. | 1. Menduduki SPM 2024 buat kali pertama. 2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana satu subjek lain. 3. Berjaya mendapat tawaran UP_TVET dan mendaftar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ditawarkan. |
Tempoh Permohonan | 10 Februari 2025 – 14 Mac 2025 | 14 April 2025 – 15 Jun 2025 (Daftar Akaun: 17 Februari 2025) |
Pautan Permohonan | Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) | Saluran Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET) |
Pemohon yang berjaya mendapat tawaran UPUOnline atau UP_TVET serta memenuhi syarat umum dan syarat khusus JPA berpeluang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 2025.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Dermasiswa B40 2025 ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:
- Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
- Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau
- E-mel pertanyaan kepada [email protected] (Saluran pertanyaan ini hanya dibuka sepanjang tempoh permohonan sahaja).
Selain itu, terdapat juga biasiswa lain yang kini sedang dibuka seperti:
- Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Tahun 2025,
- Biasiswa Kuok Foundation Tahun 2025,
- Biasiswa ASEAN-Maybank Scholarship Tahun 2025,
- Biasiswa Maybank Group Scholarship Tahun 2025,
- Biasiswa Tunku Abdul Rahman Tahun 2025,
- Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT / Pondok Tahun 2025,
- Biasiswa GREAT Scholarships Tahun 2025,
- Biasiswa Karangkraf Tahun 2025,
Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!