Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula 17 Februari 2025

Berikut dikongsikan info terkini berkenaan Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ yang berkuatkuasa mulai 17 Februari 2025.
Isi Kandungan
Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia sentiasa menambah baik penyampaian perkhidmatan JPJ secara digital dengan memperkenalkan fungsi baharu iaitu Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) Kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) Melalui Aplikasi MyJPJ.
Fungsi ini boleh diakses oleh para pemegang lesen PDL yang layak untuk membuat pertukaran kepada lesen CDL bermula Isnin, 17 Februari 2025.
Berikut adalah kenyataan media rasmi yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mengenai pelaksanaan Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ.

Kelebihan Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ
Pengenalan fungsi baharu tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat Permohonan CDL secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.
Dengan adanya fungsi baharu ini, seramai 2,383,043 pemegang lesen PDL boleh melaksanakan Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menerusi telefon pintar mereka.
Fungsi baharu Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ mempunyai kelebihan-kelebihan seperti berikut:
Mudah Dan Cepat | Proses permohonan CDL menjadi lebih mudah dan cepat dengan hanya beberapa langkah di aplikasi MyJPJ. |
Jimat Masa | Pemohon tidak perlu lagi meluangkan masa untuk pergi ke kaunter JPJ. |
Fleksibel | Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. |
Mesra Pengguna | Aplikasi MyJPJ direka dengan antara muka yang mesra pengguna, memudahkan semua golongan untuk menggunakan fungsi baharu ini. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ ini boleh dibuat mengikut langkah-langkah seperti berikut:
- Muat turun atau kemas kini aplikasi MyJPJ ke versi terkini.
- Log masuk ke akaun MyJPJ anda.
- Pilih menu “Permohonan CDL”.
- Pilih “Tempoh Pembaharuan”.
- Pilih “Mod Pembayaran” dan bayar fi permohonan secara dalam talian.
- Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima notifikasi status permohonan.

Bilakah Pemegang Lesen PDL Layak Memohon CDL?
Kelayakan bagi Permohonan CDL adalah seperti berikut:
- Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan.
- Tempoh permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa PDL.
- Pemilik tidak disenaraihitam.
- Lesen memandu boleh dipohon bagi tempoh 1 hingga 5 tahun.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan CDL Melalui Aplikasi MyJPJ ini, sila layari Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia atau terus hubungi talian 03 – 2724 2522.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!