Pengambilan Terkini Jawatan Kosong UniSHAMS Tahun 2025

Jawatan Kosong UniSHAMS bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong UniSHAMS
Maklumat Jawatan Kosong UniSHAMS yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Penolong Pendaftar Gred N41 |
Taraf Jawatan | Kontrak |
Tempoh Kontrak | 2 Tahun |
Jumlah Kekosongan | Satu (1) |
Bidang | Kesetiausahaan & Tadbir Urus Syarikat |
Lokasi Penempatan | Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) |
Gaji Ditawarkan | RM 2,080.00 – RM 9,546.00 |
Tarikh Tutup Permohonan | 5 Mac 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong UniSHAMS ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) keutamaan dalam bidang Pentadbiran Korporat / Perundangan / Perakaunan / Pentadbiran Peniagaan / Kewangan atau yang setaraf dengannya dari Institusi PengajianTinggi yang diiktiraf Kerajaan.
- Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik serta lulus dalam dua (2) mata pelajaran lain.
- Keutamaan kepada calon yang berdaftar di bawah Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA) atau diberi lesen oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai Setiausaha Syarikat.
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja sebagai Setiausaha Syarikat di Malaysia dan mampu bekerja di bawah tekanan serta boleh bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum.
- Boleh berkomunikasi dengan baik di semua peringkat dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.
Skop fungsi dan bidang tugas adalah seperti berikut:
- Menyelenggara pendaftaran statutori UniSHAMS Sdn. Bhd. sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Syarikat 2016, Jabatan PengajianTinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat (LPS) dan Lembaga Pegelola Universiti (LPU) sebagai pencatat minit dan menyiapkan minit mesyuarat dalam masa yang ditetapkan serta memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.
- Memberi nasihat kepada LPS dan LPU berhubung kesetiausahaan di UniSHAMS Sdn. Bhd.
- Merangka dan menentukan satu sistem tadbir urus korporat yang baik.
- Menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) / tadbir urus korporat yang berkaitan jika terdapat sebarang pindaan Akta dan Peraturan.
- Membantu dan memberi nasihat kepada LPS dan LPU supaya mematuhi tadbir urus korporat yang ditetapkan bertujuan untuk merealiasasikan nilai jangka panjang dan mengambil kira kepentingan pemegang taruh lain.
- Memastikan semua dokumentasi berkaitan UniSHAMS Sdn. Bhd. disimpan dan direkod secara teratur serta memastikan cop mohor UniSHAMS Sdn. Bhd. tersimpan dengan selamat.
- Menyedia dan menghantar notis (resolusi pekeliling) dan berhubung dengan ahli-ahli mesyuarat berkaitan mesyuarat LPS dan LPU.
- Melengkapkan dan menghantar pulangan tahunan syarikat secara terperinci dan tepat pada masanya iaitu sebelum tarikh akhir statutori.
- Bertindak sebagai pegawai perhubungan (liaison) bagi urusan kesetiausahaan syarikat UniSHAMS Sdn. Bhd. iaitu dalam aspek komunikasi dengan setiausaha syarikat yang dilantik bagi menyedia dan menghantar pulangan statutori kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) pada UniSHAMS eRecruitment sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu pada 5 Mac 2025 (Rabu).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) 2025,
- Jawatan Kosong SEDA 2025,
- Jawatan Kosong JPNIN 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UniSHAMS yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.