Subsidi Beras Tempatan 10KG RM26/Kampit Bermula 1 Mac 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai subsidi beras tempatan yang terkini telah diumumkan oleh Kerajaan untuk makluman semua rakyat Malaysia.
Isi Kandungan
Inisiatif Subsidi Beras Tempatan
Sebanyak 24 juta kampit Beras Putih Tempatan bersubsidi dengan berat 10 kilogram setiap satu akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung secara berperingkat bermula 1 Mac 2025, dengan harga RM26 sekampit.
Inisiatif ini ditujukan kepada golongan isi rumah miskin dan miskin tegar menerusi pelaksanaan intervensi khas dengan peruntukan subsidi sebanyak RM150 juta untuk tempoh enam (6) bulan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merangkap Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, memaklumkan bahawa pembelian Beras Putih Tempatan bersubsidi ini akan dihadkan kepada dua (2) kampit bagi setiap 400,000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
Badrul Hisham berkata Beras Putih Tempatan akan disalurkan kepada 36,000 peruncit berlesen seluruh negara dan juga di Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah.
Beliau berkata penjualan akan tertumpu di kawasan miskin bandar seperti di flat dan rumah pangsa.
Badrul Hisham berkata kumpulan pertama yang akan menikmati subsidi beras tempatan ini ialah di Jualan Agro MADANI pada hari ini di Kedah.
Beliau berkata sebanyak 10,000 hingga 20,000 kampit beras tempatan akan dijual sempena lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah.

Apa Itu Beras Putih Tempatan?
Beras Putih Tempatan yang dihasilkan di Malaysia mempunyai warna putih dengan saiz sederhana, berukuran kira-kira 7mm panjang dan 3mm lebar.
Beras Putih Tempatan tidak beraroma dan menjadi lebih mampat apabila dimasak.
Teksturnya seimbang, tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Selain itu, Beras Putih Tempatan memiliki rasa lemak manis yang semula jadi, menjadikannya pilihan utama untuk digunakan dalam pelbagai hidangan tradisional dan moden di Malaysia.
Jenama Beras Putih Tempatan Terbaik Di Malaysia
Berikut adalah beberapa jenama Beras Putih Tempatan terbaik di Malaysia, iaitu:
- Beras Jasmine Istimewa Tempatan
- Beras Cap Rambutan Istimewa Tempatan
- Beras Cap Ketupat Istimewa 5% Tempatan
- Beras Sri Chengkih Tempatan Super
- Beras Faiza Emas Istimewa Tempatan 5%
- Beras Nagasari Tempatan Super Istimewa
- Beras Jati Padi Istimewa Tempatan
Perbezaan Beras Tempatan & Beras Import
Beras tempatan adalah beras yang dihasilkan di dalam negara dimana bekalan boleh didapatkan terus daripada pembekal. Semakin sedikit proses yang berlaku, maka harga yang diletakkan juga semakin berpatutan.
Manakala, beras import adalah beras yang diimport ke dalam negara dengan perlu melalui proses-proses sebelum dibeli oleh pengguna dan setiap proses yang berlaku memerlukan kos sebelum selamat dibekalkan.
Cara membezakan beras tempatan dan beras import boleh dilihat pada bungkusannya, iaitu anda boleh mengenali jenis beras tersebut berdasarkan warna label seperti berikut:
Jenis Beras | Warna Label |
---|---|
Beras Tempatan | Ungu |
Beras Import | Biru |

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!