Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri Di Malaysia

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan Kadar Zakat Fitrah 2025 bagi setiap negeri di Malaysia telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Isi Kandungan

Hukum Keluarkan Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting.

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ، صَاعًا مِنْ تَمْرٍ، أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ، عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam.”

Riwayat Muslim

Hukum keluarkan zakat fitrah ialah WAJIB ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad).
  2. Berakal.
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal.

Zakat fitrah adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan yang bertujuan:

  • untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, dan
  • untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang dan malam).
Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri Di Malaysia 1

Kadar Zakat Fitrah 2025

Kadar Zakat Fitrah 2025 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan adalah seperti berikut:

NegeriKadar Zakat Fitrah 2025Cara Bayaran
KedahRM 7 / RM 14Bayaran Secara Online
Pulau PinangRM 7 / RM 10 / RM 15 / RM 25Bayaran Secara Online
PerakRM 10 / RM 16 / RM 27Bayaran Secara Online
SelangorRM 7 / RM 15 / RM 22Bayaran Secara Online
Wilayah PersekutuanRM 7 / RM 15 / RM 22Bayaran Secara Online
Negeri SembilanRM 7.50 / RM 12 / RM 22Bayaran Secara Online
MelakaRM 7 / RM 15 / RM 22Bayaran Secara Online
JohorRM 7 / RM 12 / RM 20Bayaran Secara Online
PahangRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
KelantanRM 8 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
TerengganuRM 10 / RM 21Bayaran Secara Online
PerlisRM 9Bayaran Secara Online
SabahRM 7.50Bayaran Secara Online
SarawakRM 7.50Bayaran Secara Online
Kadar Zakat Fitrah 2025

Tempoh Untuk Membayar Zakat Fitrah

Terdapat lima (5) waktu dengan hukum yang berbeza untuk membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

HukumWaktu
HarusMasuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
WajibPada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
AfdalWaktu pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya ditunaikan.
MakruhSetelah selesai solat sunat hari raya.
HaramWaktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Kadar Zakat Fitrah 2025 Mengikut Negeri Di Malaysia 2

Oleh itu, marilah sama-sama kita menunaikan rukun Islam yang keempat ini agar harta kita sentiasa subur, bersih, suci dan berkat disamping kita selalu mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Selamat berpuasa dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Jangan lupa bayar zakat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More