Permohonan Penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2025

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan terkini untuk tawaran penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2025 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Mengenai Program Ijazah Dalam Negara 2025
Permohonan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2025 ini adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di
- Universiti Awam (UA),
- Politeknik Premier, dan
- Government-Linked Universities (GLU)
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Bidang & Senarai Institusi Pengajian
Program pengajian yang dibuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian yang terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.
Antara bidang pengajian yang ditaja adalah seperti berikut:
- Sains
- Sains Sosial / Sastera
- Seni Bina
- Kejuruteraan dan Teknikal / Teknologi
Program pengajian yang ditaja hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan / atau diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).
Pengajian yang ditaja adalah pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam negara iaitu UA, Politeknik Premier dan GLU yang tersenarai seperti berikut:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT)
Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2025 seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas daripada sebarang penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2025 seperti berikut:
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
- Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon.
- Memenuhi syarat-syarat akademik seperti berikut:
Pelajar telah memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan memperoleh keputusan seperti berikut: – Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.30 (selain bidang Kejuruteraan); atau – PNGK terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (bidang Kejuruteraan); dan – Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa. |
Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2025 kini dibuka secara dalam talian pada Sistem Permohonan Program Tajaan JPA bermula 28 Februari 2025 (10.00 Pagi) hingga 9 April 2025 (5.00 Petang).
Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2025, iaitu:
Aktiviti | Tarikh / Hari / Masa |
---|---|
Permohonan Dibuka | 28 Februari 2025 (Jumaat) | 10.00 Pagi |
Permohonan Ditutup | 9 April 2025 (Rabu) | 5.00 Petang |
Jangkaan Keputusan | *Minggu Kedua September 2025 |
Sesi Mula Tajaan | *September 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan Program Ijazah Dalam Negara 2025 ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!