Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025

Berikut dikongsikan mengenai bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Tawaran Penajaan Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan tujuan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak asnaf yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta dalam usaha untuk memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam pendidikan persekolahan akibat di belenggu kemiskinanan.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Anak-anak asnaf yang berkelayakan akan dibiayai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pembiayaan berjumlah RM 1,000.00 seorang / setahun dengan syarat mereka mestilah mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan.

Ini adalah salah satu usaha, galakan dan dorongan kepada anak-anak asnaf yang terpilih dan cemerlang untuk mereka terus bemotivasi untuk meningkatkan mutu pembelajaran semasa persekolahan.

Selain itu, Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini turut membolehkan dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan terbaik.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini juga adalah salah satu usaha pihak MAIPk untuk membantu anak-anak asnaf untuk meningkatan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.

Pelaksanaan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seterusnya, pelajar-pelajar yang layak memperolehi Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini akan memperoleh manfaat-manfaat seperti berikut:

  • Menerima biasiswa tahunan sebanyak RM 1,000.00 setahun daripada MAIPk.
  • Berpeluang untuk mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang untuk menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Untuk makluman semua, Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini akan diterima selama tempoh 5 tahun kepada pelajar yang layak dengan jumlah RM 1,000.00 setahun.

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 kini dibuka daripada 24 Februari 2025 sehingga 14 Mac 2025.

Bantuan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 1
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 ini mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Pelajar lahir dan menetap atau bermastautin di negeri Perak.
  3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa atau penjaga kurang atau tidak melebihi had kifayah (tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin).
  4. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 (kecuali pelajar Kolej Vokasional) sesi persekolahan tahun 2025 yang cemerlang akademik dan kokurikulum tahun 2024.
  5. Pelajar tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak / agensi.

Jika anda menepati semua syarat-syarat yang ditetapkan, sila dapatkan Borang Permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berhampiran atau secara atas talian dan hantarkan sebelum tarikh tutup permohonan.

Cara Membuat Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 adalah seperti berikut:

Muat turun borang permohonan di pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal<<<

Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sila pastikan semua maklumat diisi. Prosedur mengisi borang permohonan tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang permohonan mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  • Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Hantar borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Pentadbiran MAIPk yang berhampiran atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan yang telah dilengkapkan.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan semua ahli isi rumah.
  3. Salinan Penyata Pendapatan (Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan) Ibu Bapa / Penjaga.
  4. Salinan Sijil Nikah / Cerai / Kematian (jika berkaitan).
  5. Salinan Surat Pengesahan Sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan).
  6. Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2024.
  7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2025 ini, sila hubungi 05 – 2084 000 atau 019 – 5711 383 (Hotline).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More