Ikan Singgang, Resepi Legend & Simple Tapi Banyak Manfaat Kesihatan

Berikut admin kongsikan satu resepi yang legend dan sangat simple tetapi banyak manfaatnya untuk kesihatan kita, iaitu ikan singgang.
Isi Kandungan
Apa Itu Ikan Singgang?
Ikan singgang adalah hidangan tradisional Melayu yang berasal daripada Pantai Timur Malaysia, terutamanya di Terengganu dan Kelantan.
Ikan singgang adalah sejenis sup ikan yang dimasak dengan bahan-bahan sederhana tetapi kaya dengan rasa iaitu gabungan rasa pedas dan masam.
Hidangan ini terkenal dengan kelezatannya dan sering dihidangkan dalam majlis perayaan atau sebagai hidangan harian.
Ikan singgang mempunyai fungsi sebagai simbol kesederhanaan dalam masakan. Walaupun ia terdiri daripada bahan-bahan yang mudah didapati seperti ikan segar, kunyit, halia dan asam keping, rasa yang dihasilkan tetap kaya dan penuh makna.
Hidangan ini mencerminkan nilai-nilai kehidupan sederhana yang menjadi asas dalam budaya masyarakat Melayu.
Masakan ini mengajarkan kita bahawa pentingnya memanfaatkan bahan semulajadi yang ada dengan cara yang kreatif dan berkesan.
Resepi Ikan Singgang
Resepi ikan singgang yang admin akan kongsikan ini adalah menggunakan ikan kembung versi daripada Che Nom.
Sebenarnya, untuk masak ikan singgang ini tidak kisah mahu guna ikan apa pun, asalkan ikan itu adalah ikan yang segar.
Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu menumis.

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat ikan singgang ini adalah seperti berikut:
- 8 Ekor Ikan Kembung
- 3-4 Cawan Air
- Sedikit Kunyit
- 1 Batang Serai
- 1 Inci Halia
- 2 Ketul Kunyit Hidup
- 1 Inci Lengkuas
- 1-2 Keping Asam Keping
- 4 Ulas Bawang Putih
- 2 Biji Bawang Merah
- 6 Tangkai Cili Padi
- 1 Biji Tomato (pilihan)
- Sedikit Ikan Bilis (pilihan)
- Sayur Bendi (pilihan)
- Garam & Gula (secukup rasa)
- Serbuk Perasa (jika mahu)
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk memasaknya pula adalah seperti yang berikut:
- Potong nipis halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
- Ketuk sedikit lengkus dan serai supaya sedikit pecah.
- Potong kasar kunyit hidup dan tumbuk halus dengan sedikit garam kemudian lumur pada ikan (boleh ganti dengan serbuk kunyit). Perap ikan seketika.
- Potong tangkai bendi dan cili padi. Boleh juga belah sedikit pada bahagian hujung.
- Potong tomato kepada empat.
- Kupas dan buang perut ikan bilis.
- Masukkan air, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan ikan bilis ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan asam keping.
- Apabila sudah mendidih, boleh masukkan garam, gula dan bendi.
- Apabila bendi sudah layu, boleh masukkan ikan kembung dan perlahankan api.
- Apabila ikan kembung sudah masak, tabur cili padi dan tomato. Kemudian cepat-cepat tutup api.
- Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika perlu.
- Sedia untuk dimakan bersama nasi panas beserta budu dan tempoyak.
Petua Tambahan
Jika menggunakan lengkuas tua / keras, ketuk dahulu menggunakan lesung batu supaya pecah sedikit, tidak perlu hancur takut berserat pulak kuah nanti.
Selepas masukkan ikan, perlahankan api supaya ikan masak perlahan-lahan dan tidak hancur.
Biasanya untuk sayur, ramai yang letak bendi tetapi boleh juga digantikan dengan kundur atau labu air.
Manfaat Ikan Singgang
Masakan ikan singgang dapat dilihat dari pelbagai sudut baik, sama ada dari segi kebudayaan, khasiat, sosial atau ekonomi.
Khasiat utama masakan ini untuk kesihatan manusia adalah boleh menjadi hidangan yang sihat dan bergizi.
Ikan singgang adalah hidangan yang kaya dengan nutrisi, terutamanya protein dari ikan yang digunakan, serta asam lemak omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan sistem saraf.
Rempah seperti halia, kunyit dan limau nipis bukan sahaja memberikan rasa yang sedap, tetapi juga memberi manfaat kesihatan seperti anti-radang, antioksidan dan peningkatan pencernaan.
Oleh itu, masakan ini berfungsi sebagai hidangan yang berkhasiat dan menyegarkan tubuh.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!