Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MyIPO 2025

Jawatan Kosong MyIPO bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MyIPO
Maklumat Jawatan Kosong MyIPO yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pegawai Harta Intelek Gred IP8 | Kontrak | RM 2,688.00 – RM 9,630.00 | 19 Mac 2025 |
Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8 | Kontrak | RM 2,688.00 – RM 9,630.00 | 19 Mac 2025 |
Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10 | Kontrak | RM 1,963.00 – RM 6,123.00 | 19 Mac 2025 |
Pembantu Harta Intelek Gred IP12 | Kontrak | RM 1,408.00 – RM 4,691.00 | 19 Mac 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Harta Intelek Gred IP8
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang / Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk / Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan / Ijazah Sarjana Muda Pengurusan / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan mengenai Perundangan Harta Intelek serta berkemahiran dalam Bahasa Inggeris.
Jawatan Pegawai Sistem Maklumat Gred IP8
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang mendalam mengenai perkakasan, peralatan dan sistem komputer serta mengikuti perkembangan teknologi maklumat terkini.
Jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred IP10
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Kepujian dalam Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Harta Intelek Gred IP12
Calon lantikan Jawatan Kosong MyIPO ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong MyIPO sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 19 Mac 2025 (Rabu).
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama-sama salinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 19 Mac 2025 ke alamat berikut:
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
ARAS 20, MENARA MyIPO, PJ SENTRAL
LOT 12, PERSIARAN BARAT, SEKSYEN 52
46200 PETALING JAYA, SELANGOR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UiTM 2025,
- Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 2025,
- Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MMC) 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MyIPO yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.