Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Seramai 273,590 Penerima Bantuan iSejahtera Mulai 12 Mac 2025

Berikut dikongsikan info terkini semakan kelayakan permohonan bantuan iSejahtera bagi tahun 2025 yang boleh disemak mulai hari ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Program iSejahtera?

Program iSejahtera merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Suri Rumah dan Bayi berumur 2 tahun ke bawah.

Seramai 273,590 Penerima Bantuan iSejahtera Mulai 12 Mac 2025 1

Penerima Bantuan iSejahtera Tahun 2025

Untuk makluman, seramai 273,590 penerima program iSejahtera di Pulau Pinang bakal menerima pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) bagi Fasa 1/2025 mulai 12 Mac 2025.

Pembayaran ini melibatkan

  • 205,042 penerima Program Penghargaan Warga Emas (PPWE);
  • 10,298 penerima Program Bantuan Ibu Tunggal (PBIT);
  • 43,104 penerima Program Suri Emas (PSE); dan
  • 15,146 penerima Program Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).

Permohonan yang dikemukakan selepas 10 Februari 2025 akan menerima bantuan pada Fasa 2/2025.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat utama program iSejahtera adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).

Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

Jenis ProgramSyarat PermohonanDokumen Sokongan
Program Penghargaan Warga Emas1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar.
2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
3. Salinan penyata bank terkini / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia.
Program Bantuan Ibu Tunggal1. Warganegara Malaysia.
2. Berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
3. Bercerai atau kematian suami.
4. Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
5. Tidak berkahwin semula.
6. Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
4. Salinan Kad Pengenalan Waris / Penerima Khairat.
5. Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
6. Salinan penyata bank terkini / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
7. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia.
Program Suri Emas1. Warganegara Malaysia.
2. Berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
3. Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap.
4. Wanita masih berumahtangga.
5. Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan Suami.
3. Salinan Sijil Perkahwinan.
4. Salinan penyata bank terkini / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
5. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia.
Program Bantuan OKU1. Warganegara Malaysia.
2. Menetap di Negeri Pulau Pinang.
3. Pemohon mestilah seorang OKU yang memegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara dan tidak terhad kepada JKM Pulau Pinang sahaja.
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
3. Salinan Kad Pendaftaran OKU.
4. Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon / waris. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
Program Anak Emas1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2. Pendaftaran perlu dilengkapkan sebelum anak berumur 2 tahun.
3. Salah seorang ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
1. Salinan Sijil Kelahiran anak.
2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
3. Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
4. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia.
Program Bantuan Teksi Dan Bas Sekolah1. Warganegara Malaysia.
2. Berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
3. Berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
4. Memiliki Kad Pemandu (Teksi / Kereta Sewa / Teksi Lapangan Terbang / Limosin / Teksi Mewah) bagi Bantuan Intensif Teksi.
5. Memiliki Permit Bas Sekolah yang masih sah tempoh laku dan pemohon individu / syarikat hanya layak memohon maksimum dua (2) permit Bas Sekolah sahaja bagi Bantuan Intensif Bas Sekolah.
5. Menjalankan perkhidmatan Teksi / Bas Sekolah di Negeri Pulau Pinang sahaja.
6. Berdaftar dengan PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia.
3. Salinan penyata bank terkini / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Sila pastikan nombor akaun bank yang dimuat naik masih aktif.
4. Maklumat Caruman SKSPS PERKESO (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
Tambahan dokumen sokongan untuk Bantuan Intensif Teksi adalah seperti berikut:
5. Salinan Kad Pemandu (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
Tambahan dokumen sokongan untuk Bantuan Intensif Bas Sekolah adalah seperti berikut:
6. Salinan Permit Bas Sekolah (masih sah dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh permohonan).
7. Salinan Lengkap Setiap Helaian Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
8. Salinan dokumen sokongan sekiranya tidak menggunakan akaun bank syarikat.
9. Maklumat Caruman SOCSO (sekiranya pemilik atau bekerja dengan majikan).

Cara Membuat Permohonan

Program iSejahtera boleh dimohon secara dalam talian (online) di portal iSejahtera.

Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status.

Kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan seperti berikut:

  1. Semak No Kad Pengenalan.
  2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
  3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
  5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah / Pusat Khidmat KADUN / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).

Semakan Kelayakan Penerima Bantuan

Semakan kelayakan bantuan iSejahtera Pulau Pinang bagi Fasa1/2025 kini sudah boleh dibuat bermula dari 12 Mac 2025 (Rabu) melalui pautan berikut:

>>>Semakan Status Bantuan iSejahtera Pulau Pinang Tahun 2025<<<

Kadar Bantuan

Jumlah bayaran yang akan diterima bagi setiap program adalah seperti berikut:

Jenis ProgramKadar BayaranJenis Bayaran
Program Penghargaan Warga EmasRM 200.00Bayaran Satu (1) Kali Setahun
Program Bantuan Ibu TunggalRM 100.00Bayaran Satu (1) Kali Setahun
Program Suri EmasRM 100.00Bayaran Satu (1) Kali Setahun
Program Bantuan OKURM 200.00Bayaran Satu (1) Kali Setahun
Program Anak EmasRM 200.00Bayaran Sekali Secara One-Off
Khairat KematianRM 1,000.00Bayaran Sekali Secara One-Off

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai bantuan iSejahtera Pulau Pinang ini, sila rujuk Soalan Lazim Program iSejahtera dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More