Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi 2025

Permohonan bagi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) di bawah Kerajaan Negeri Selangor untuk anak-anak Negeri Selangor kini dibuka bermula 1 hingga 30 Mac 2025.
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan HPIPT ini.
Isi Kandungan
Mengenai Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan bantuan sebanyak RM1,000 kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Bantuan ini khusus untuk pelajar tahun pertama yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan, dari peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran tahap 4 sahaja.
- Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
- Kategori yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai SPM.
- Pemohon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).
- Pemohon yang menerima elaun bulanan daripada mana-mana Institusi Kerajaan seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Kejururawatan, dan lain-lain.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025 di bawah Kerajaan Negeri Selangor ini kini dibuka bermula 1 Mac 2025 sehingga 30 Mac 2025 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025<<<
Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Permohonan perlu dibuat secara online sahaja dan tiada serahan dokumen fizikal di kaunter.
Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

Dokumen yang diperlukan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon.
- Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
- Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
- Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
- Surat Pengesahan Mastautin daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja) untuk Pemohon, Ibu & Bapa.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah darjah 1 hingga 6 dan Sijil Berhenti Sekolah Menengah tingkatan 1 hingga 5.
- Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji ibu dan bapa / Penjaga pemohon (jika masih bekerja).
- Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan bapa / Penjaga pemohon (jika bekerja sendiri / tidak bekerja / bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk / Ketua Blok / Pengerusi KRT; atau
- Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan bapa / Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan).
- Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
Permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang diletakkan di dalam permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) 2025 ini, sila rujuk Portal Pembiayaan Pelajaran Negeri Selangor.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!