Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PPF1 2025: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama

Berikut adalah mengenai permohonan terkini untuk tawaran penajaan Program Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama (PPF1 2025) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Isi Kandungan

Mengenai PPF1 2025

Permohonan penajaan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana sahaja.

Penajaan adalah berdasarkan Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
PPF1 2025: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi Ijazah Pertama 1

Bidang & Senarai Institusi Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang telah diiktiraf penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah diiktiraf oleh badan-badan profesional yang berkaitan iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia.

Senarai institusi yang ditaja di bawah PPF1 2025 adalah seperti berikut:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan PPF1 2025 seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  3. Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
  5. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  6. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).

Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan PPF1 2025 seperti berikut:

  1. Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
  3. Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
  4. Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon.
  5. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada semester pertama di peringkat Ijazah Pertama dan belum memperoleh keputusan semasa di peringkat pengajian tersebut, hendaklah memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50 atau setara di peringkat Persediaan / Asasi Universiti Awam / Matrikulasi KPM / STPM / STAM.
Bagi kategori pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, hendaklah memperoleh keputusan semasa seperti berikut:
– “Lulus” dalam bidang Perubatan dan Pergigian; atau
– PNGK sekurang-kurangnya 3.30 dalam bidang Farmasi; dan
– Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan PPF1 2025 kini dibuka secara dalam talian pada Sistem Permohonan Program Tajaan JPA bermula 28 Februari 2025 (10.00 Pagi) hingga 9 April 2025 (5.00 Petang).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PPF1 Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh-Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan PPF1 2025, iaitu:

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka28 Februari 2025 (Jumaat) | 10.00 Pagi
Permohonan Ditutup9 April 2025 (Rabu) | 5.00 Petang
Jangkaan Keputusan*Minggu Kedua September 2025
Sesi Mula Tajaan*September 2025
*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan PPF1 2025 ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More